Bahasa :
A- A A+
Saiz Font :

HM-BM-berita



PELANTIKAN KETUA PENGARAH LPPKN BAHARU

 

Picture1

Dengan sukacitanya, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) ingin mengumumkan pelantikan YBrs, Tuan Haji Abdul Shukur Abdullah, 50, sebagai Ketua Pengarah, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) yang baharu, berkuat kuasa mulai 24 Januari 2018,

Abdul Shukur dilahirkan di Pulau Pinang, berkelulusan Sarjana Muda Sains Pembangunan Manusia (UPM) dan Sarjana Pentadbiran Awam (USM) masing- masing pada tahun 1991 dan 2009.

Beliau mula menyertai  LPPKN pada lahun 1994 dan diberi kepercayaan menyandang pelbagai jawatan pentadbiran termasuk Pengarah Negeri, Pengarah Sektor Perancangan Korporat dan yang terakhir sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) LPPKN sebelum dilantik sebagai Ketua Pengarah menggantikan Dato' Dr, Siti Norlasiah Ismail yang bersara wajib setelah 35 tahun menyertai LPPKN dan empat tahun sebagai Ketua Pengarah (2013 -2018).

Pengalaman Abdul Shukur dalam bidang pentadbiran menjadikan beliau calon yang sesuai untuk memimpin LPPKN ke tahap yang Iebih tinggi.

Dalam masa sama, LPPKN turut menerima lantikan Timbalan Kelua Pengarah (Dasar) dan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) yang baharu, iaitu En. Hairil Fadzly Md. Akir dan En. Adzhar Ismail.

 

Unit  Komunikasi Korporat
LEMBAGA PENDUDUK DAN PEMBANGUNAN KELUARGA NEGARA
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA KELUARGA DAN MASYARAKAT