Bahasa :
A- A A+
Saiz Font :

HM-BM-berita



13 PASANGAN JUBLI EMAS DIRAI DALAM SAMBUTAN HARI IBU DAN HARI BAPA PERINGKAT NEGERI MELAKA

21729924 1892921490725111 249573139 o

MELAKA, 9 September 2017 - LPPKN Negeri Melaka dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka telah menganjurkan Majlis Perasmian Hari Ibu dan Hari Bapa Peringkat Negeri Melaka bagi tahun 2017 bertempat di Dewan Besar Kompleks Penjara Sungai Udang, Melaka. Majlis ini dihadiri oleh pasangan Jubli Emas (usia perkahwinan melebihi 50 tahun) dari setiap DUN sekitar Negeri Melaka turut menerima cenderamata penghargaan yang disampaikan oleh YAB Datuk Seri Utama Ir. Hj Idris bin Hj Haron, Ketua Menteri Melaka.

Antara tetamu lain yang turut hadir adalah YB Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, barisan EXCO Kerajaan Negeri Melaka, Ketua-ketua jabatan serta ahli keluarga yang turut meraikan sambutan majlis ini. Tujuan sambutan ini diadakan adalah bagi memperingati jasa ibu dan bapa yang memerah keringat untuk membesarkan anak-anak tanpa mengira penat dan lelah demi membesarkan anak yang juga amanah dari yang Esa.

LPPKN juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada sektor kerajaan dan juga sektor swasta yang turut menyumbang dalam melaksanakan program ini seperti Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Pejabat Daerah dan Tanah Jasin, Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah, Mamee-Double Decker (M) Bhd, The Shore Ocenarium, Melaka Duck Tours dan Hotel Avillion.