Bahasa :
A- A A+
Saiz Font :

HM-BM-berita



LPPKN PULAU PINANG - Eko Famili 2017

Eko Famili 2017

Komuniti FACE Kg Jalan Bharu, Balik Pulau

12 Ogos 2017

Perasmian oleh :

Encik Suaizan Abdul Jabar

Pengarah LPPKN Pulau Pinang

Program separuh hari ini adalah merupakan kali pertama diadakan. Dilaksnakan secara NBOS dikalangan pelbagai agensi kerajaan dan NGO termasuk komuniti FACE Kg Jln Bharu, Balik Pulau. Antara agensi dan NGO terlibat:-

  1. SWCorp Negeri Perak
  2. Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang
  • Royal Institution of Surveyors Malaysia
  1. Sahabat Alam Malaysia
  2. Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Dihadiri lebih kurang 250 orang pengunjung.

Pelbagai acara telah dijalankan seperti :-

  1. Senamrobik dan Zumba
  2. Ceramah 3R “Jom Kitar Semula”
  • Demonstrasi pemprosesan sabun dari sisa-sisa buah-buahan
  1. Pertandingan Rekaciptamenggunakan bahan kitar semula
  2. Kuiz 3R
  3. Pertandingan mewarna Kategori Pra Sekolah dan Darjah Satu
  • Pertandingan Gubahan Kek
  • Gerai Jualan
  1. Pameran dari agensi2 kerajaan dan NGO

Mendapat sambutan menggalakkan dari masyarakat setempat yang bermatlamat bagi menerapkan kesedaran mengenai kepentingan menjaga alam sekitar dalam kehidupan seharian. Dengan memberi pengetahuan dan kemahiran secukupnya kepada pengunjung yang terdiri dari ahli keluarga, cara gaya hidup dan amalan 3R akan menambah ilmu pengetahuan penjagaan alam sekitar khususnya bagaimana menguruskan bahan-bahan kitar semula dan sisa-sisa dapur. Selain itu, aktiviti pengedaran soal selidik (street pool)kepada peserta program turut dibuat untuk mendapatkan info mengenai amalan, sikap dan pengetahuan orang ramai tentang penjagaan alam sekitar dan amalan 3R dalam kalangan ahli komuniti.

penang 2

LPPKN Pulau Pinang