Bahasa :
A- A A+
Saiz Font :

HM-BM-berita



KURSUS ILMUKELUARGA@LPPKN SIRI 4/2017

MELAKA, 15 Jun 2017 - LPPKN Negeri Melaka telah menjalankan program bersiri Pembangunan Keluarga melalui Kursus IlmuKeluarga@LPPKN Siri 4/2017. Sungguhpun ia diadakan pada bulan ramadhan, namun sambutan dari para peserta sangat menggalakkan di mana seramai lebih kurang 80 orang peserta telah hadir dari pelbagai agensi kerajaan di Negeri Melaka.

Antara isi kandungan ceramah yang disampai pada slot pertama bertajuk 'Menuju Keluarga Bahagia' oleh Pegawai Penerangan LPPKN Melaka, Encik Mohd Zakri Rihan, slot kedua pula bertajuk 'Pengurusan Kewangan Keluarga' oleh Puan Kamsiah Hj Kasti, Penolong Pegawai Penerangan LPPKN Melaka dan slot ketiga disampaikan oleh penceramah jemputan Encik Edzwan Effendi bin Mohd Abd Rahman bertajuk 'Diet dan Nutrisi'. Kursus ini bermula dari jam 8.00 pagi dan tamat pada jam 4.30 petang.

LPPKN Negeri Melaka juga mengucapkan ribuan terima kasih pada para peserta yang hadir atas kerjasama yang baik sepanjang kursus ini berlangsung.

Tags: ilmukeluarga,, ilmu keluarga,, lppkn melaka,