Bahasa :
A- A A+
Saiz Font :

HM-BM-berita



Kursus TOT Modul Sexual Reproductive Health (SRH) For Boys (Modul A)

Ipoh, Perak, 14 Jun 2017 – Bagi meningkatkan kemahiran anggota Klinikal LPPKN Perak dalam bidang kesihatan reproduktif remaja, satu Kursus TOT Modul Sexual Reproductive Health (SRH) For Boys (Modul A) telah diadakan.  Seramai 20 orang anggota klinikal LPPKN Perak yang terdiri daripada Penyelia Jururawat (U36), Ketua Jururawat (U32) dan Jururawat (U29) dari sembilan buah Klinik Nur Sejahtera LPPKN Perak telah menghadiri kursus TOT tersebut. Kursus TOT dilaksanakan bertujuan untuk melatih anggota klinikal LPPKN Perak berkaitan modul tersebut agar maklumat berkaitan kesihatan reproduktif dapat disampaikan kepada kumpulan sasar iaitu remaja lelaki. Tiga fasilitator yang terdiri daripada Pegawai Psikologi, Penolong Pegawai Penerangan dan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat telah mengendalikan kursus TOT ini.

Disediakan oleh : Unit Penerangan & Pendidikan LPPKN Perak