Bahasa :
A- A A+
Saiz Font :
BULAN KELUARGA KEBANGSAAN 1 MALAYSIA

HM-BM-berita



Majlis Sambutan Hari Ibu Peringkat Negeri Perak 2017

Ipoh, Perak, 19 Mei 2017 - Sambutan Hari Ibu Peringkat Negeri Perak 2017 telah diadakan di Dewan KIA, Buntong, Ipoh dengan tema sambutan, “Saya Sayang Ibu Saya”. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Dato' Hajah Mariam Mas Bt Yacob, Pengerusi LPPKN Malaysia. Majlis yang diadakan melalui kerjasama Persatuan India Muslim (PRIM) Negeri Perak ini telah dihadiri kira-kira 800 tetamu jemputan. Majlis turut diserikan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti penganugerahan 6 tokoh ibu, permainan keluarga, mini konsert Buskers dan cabutan bertuah. Turut hadir Y.B. Dato' Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah (Ahli Parlimen Tambun) memeriahkan majlis.

Disediakan oleh : Unit Penerangan & Pendidikan LPPKN Ng. Perak