Bahasa :
A- A A+
Saiz Font :

HM-BM-berita



PROGRAM FAMILY AND COMMUNITY EMPOWERMENT (FACE) DUN TABOH NANING SIRI 4/2017

MELAKA, 10 Jun 2017 - Program Family And Community Empowerment (FACE) Dun Taboh Naning Siri 4/2017 (Domain Keluarga Dan Keterlibatan Komuniti) telah berlangsung pada 10 Jun 2017 bertempat di Balairaya Kg Taboh Naning, Alor Gajah Melaka. Program ini dirasmikan oleh YB Datuk Latipah Omar, Exco Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan Negeri Melaka. Antara pengisian program adalah perlantikan Family Champion bagi Dun Taboh Naning. Simbolik perlantikan Family Champion dimana setiap FC diberi Vest FACE dan sijil watikah perlantikan. Selain itu, aktiviti gotong-royong memasak bubur lambok bersama penduduk kampung serta mahasiswa/mahasiswi dari UniKL MiCet Melaka turut diadakan sempena bulan ramadhan yang mulia. Agihan bubur lambok dilakukan oleh YB Datuk Latipah Omar disekitar jalan raya utama dihadapan balairaya kampung Taboh Naning.