Bahasa :
A- A A+
Saiz Font :
BULAN KELUARGA KEBANGSAAN 1 MALAYSIA

HM-BM-berita



MAJLIS PELANCARAN TePaT : TERENGGANU PARENTING TOUR SEMPENA SAMBUTAN HARI IBU DAN BAPA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2017

BANDAR AL-MUKTAFI BILLAH SHAH, DUNGUN, 25 MEI 2017 – Melalui program TePaT : Terengganu Parenting Tour 2017 atau Jelajah Keibubapaan Terengganu 2017, Kerajaan Negeri Terengganu dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negera (LPPKN) Negeri Terengganu telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan program-program keibubapaan yang diharapkan dapat memberi impak kepada kaum ibu bapa khususnya di negeri Terengganu dalam mendidik anak-anak dengan lebih berkesan. Tindakan Ini adalah amat seiring dengan prinsip ketiga (3) Transformasi Terengganu Baharu iaitu Keluarga Bahagia, Rakyat Sejahtera. Ini dinyatakan YB Haji Roslee bin Daud, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Terengganu ketika Majlis Pelancaran Program TePaT : Terengganu Parenting Tour sempena Sambutan Hari Ibu dan Bapa Peringkat Negeri Terengganu 2017 di Dewan Balora, Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Dungun. Program ini merupakan anjuran Kerajaan Negeri Terengganu dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Terengganu dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)

Sebanyak 10 program TePaT telah dirancangan dan akan dilaksanakan di 8 daerah seluruh Negeri Terengganu. Program ini dijangkakan akan bermula pada bulan Julai hingga November 2017. Perlaksanaan Program TePaT ini akan menggunakan modul-modul keibubapaan yang telah dibangunkan oleh LPPKN seperti :
a. Modul Keibubapaan dan Anak Kecil : Belaian KASIH. Modul ini akan melengkapkan peserta dengan teknik dan kemahiran bagaimana menjadi ibubapa berkesan bagi anak-anak kecil mereka.

b. Modul Keibubapaan dan Anak Remaja : Mutiara KASIH. Modul ini dapat membantu ibu bapa mewujudkan komunikasi berkesan dan kemahiran perhubungan dalam membimbing anak-anak remaja agar mereka lebih berdaya tahan dalam menghadapi cabaran.

c. Modul Keluarga@Kerja (Parenting@Work) adalah untuk membantu golongan ibu bapa dwi-kerja di sektor kerajaan dalam membina kemahiran keibubapaan dan keseimbangan dalam kerjaya. Kursus ini juga adalah untuk mendidik peserta mengurus masa secara efektif dalam menjalani tanggungjawab sebagai pekerja dan ibu bapa serta membantu jabatan bagi mengupaya gunatenaga manusia secara optima selari dengan pembangunan modal insan. Modul yang terakhir adalah ;

d. Modul SMARTBelanja@LPPKN yang bertujuan untuk mendidik dan memberi panduan kepada ahli keluarga terutamanya generasi muda mengenai kemahiran pengurusan kewangan keluarga yang bijak.

Hari Ibu disambut pada Ahad minggu ke dua bulan Mei setiap tahun oleh masyarakat di Malaysia manakala sambutan Hari Bapa disambut pada Ahad minggu ke tiga bulan Jun. Namun pada tahun ini, Sambutan Hari Ibu dan Bapa di Negeri Terengganu dengan tema “Saya Sayang Ibu dan Bapa Saya” di sambutan serentak dan menjadikannya sesuatu yang unik. Tujuan sambutan hari ibu dan bapa adalah untuk menghargai pengorbanan dan mengenang jasa ibu dan bapa.

Tambahan YB Haji Roslee bin Daud, anak-anak tidak perlu menunggu bulan Mei dan Jun untuk menghargai pengorbanan ibu dan bapa. Setiap masa adalah hari istimewa untuk meraikan insan tersayang ini. Namun dengan adanya sambutan pada bulan-bulan tersebut, sekurang-kurangnya sebagai peringatan kepada mereka yang terlupa untuk menzahirkan tanda penghargaan mereka kepada insan yang tersayang. Konsep penghargaan ini dapat dizahirkan dalam banyak bentuk sama ada dengan perbualan telefon, ucapan sayang, pelukan dan ciuman keluarga, bantuan kepada ibu dan bapa atau doa yang berterusan kepadanya. Penghargaan ini perlu sentiasa diberikan kepada mereka kerana jasa dan pengorbanan mereka tidak ternilai harganya.

Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan sepanjang program berlangsung. Antaranya Pertandingan Jaringan KASIH, Pertandingan mencipta Kad Ucapan Kreatif sempena Hari Ibu dan Bapa, Pemeriksaan Kesihatan Percuma, pameran agensi-agensi kerajaan, demonstrasi “Mum Make Over”, ceramah pengurusan kewangan keluarga oleh Puan Nor Harmimi Jalil, Pemangku Pengarah LPPKN Negeri Terengganu dan penampilan istimewa YBhg. Prof. Dr. Ustaz Ridhuan Tee Abdullah yang menyampaikan ceramah “Kasih Ayah Ibu Membawa ke Syurga”. Di anggarkan seramai 1,000 orang menghadiri majlis ini pada hari
####

Disediakan oleh :

Unit Penerangan dan Pendidikan, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Terengganu, Tingkat 1 & 2, No. 21 PT3516, Pusat Niaga Paya Keladi, 20000, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman

No. telefon : 09-6305212
No. Faks : 09-6305216

gambar majlis pelancaran tepat sempena hari ibu dan bapa terengganu 2017