Bahasa :
A- A A+
Saiz Font :
BULAN KELUARGA KEBANGSAAN 1 MALAYSIA

HM-BM-berita



Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan 2017

hi4

Putrajaya, 14 Mei 2017 (Ahad), Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan 2017 telah diadakan di ruang legar Alamanda Shopping Centre, Putrajaya. Saya Sayang Ibu Saya merupakan tema bagi sambutan hari ibu tahun ini. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Rohani Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Turut bersama menghadiri sambutan tersebut ialah Y.Bhg. Dato' Hajah Mariam Mas Bt Yacob (Pengerusi LPPKN), Y. Bhg. Dato' Dr. Siti Norlasiah Binti Ismail (Ketua Pengarah LPPKN), YBrs. En. Azman Bin Mohd Yusof (Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KPWKM, En. Baldev Singh (Pengurus Besar Alamanda Shopping Centre), YBrs. En. Abdul Shukur Bin Abdullah (Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) LPPKN,  Ketua Pengarah JPW, Ketua Pengarah JKM, Pengarah ISM, wakil-wakil NGO serta Ibu-Ibu yang diraikan pada hari tersebut.

hi1

hi3


Sambutan pada tahun ini merupakan perkongsian pintar antara KPWKM melalui LPPKN dengan Alamanda Shopping Centre serta Secret Recipe. Pelbagai aktiviti yang menarik turut dijalankan seperti Laughter Theraphy, Rock Theraphy, Expressional Art Theraphy dan urutan MamaCare. Booth-booth pameran seperti pameran Klinikal, MamaCare dan Kaunseling turut terlibat.

hi2


Pertandingan selfie anak bersama ibu telah dijalankan pada 15/4/17 hingga 10/5/17. Selfie yang menerima like tertinggi dikira sebagai pemenang oleh follower instagram LPPKN. Pemenang pertama dari Kluang, Johor (2,319 likes), pemenang kedua dari Sri Aman, Sarawak (1,574 likes) dan ketiga dari Taiping, Perak (1,562 likes). Hadiah telah disampaikan oleh YB Dato’ Sri Rohani Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Syabas dan tahniah diucapkan kepada para pemenang.

 

oleh : Noorazean Jaafar, Sektor Perkhidmatan Keluarga, LPPKN