Bahasa :
A- A A+
Saiz Font :

HM-BM-berita



Minggu Sejahtera LPPKN (MSWL) - KL Car Free Morning (2)

05 Mac 2017, Ahad: Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menganjurkan KL Car Free Morning bermula seawal jam 7.30 pagi sehingga 9.00 pagi. Program KL Car Free Morning ini adalah pembuka tirai bagi Minggu Kesejahteraan Warga LPPKN bagi tahun 2017 dengan membawa tema "Jom Sihat Sokmo". Program ini juga diurus setia oleh Sektor Pengurusan Sumber Manusia. Seramai 80 pegawai/anggota serta 90 ahli keluarga turut sama menyertai program ini dengan tujuan untuk memupuk dan mengamalkan gaya hidup sihat di kalangan warga kerja serta keluarga di samping dapat mengeratkan silaturrahim keluarga besar LPPKN. Aktiviti berjalan kaki sejauh 2km bermula dari Bangunan Ibu Pejabat LPPKN menuju ke persimpangan Jalan Sultan Ismail kemudian melalui Jalan Tunku Abdul Rahman hingga ke persimpangan Jalan Esfahan (SOGO) dan kembali ke Bangunan LPPKN. Program ini juga dimeriahkan lagi dengan "flag off" oleh YBhg. Dato' Dr. Siti Norlasiah Ismail, Ketua Pengarah LPPKN.Setiap peserta dijamu dengan sarapan ringan berkhasiat dan setiap anggota diberikan sebuah beg dan T-Shirt bagi memeriahkan lagi program pada hari tersebut.

 ms