Bahasa :
A- A A+
Saiz Font :

HM-BM-berita



LPPKN Perak@KARNIVAL JOM SIHAT&CANTIK

IPOH 17 Ogos-LPPKN PERAK telah  dijemput untuk menjayakan ''KARNIVAL JOM SIHAT&CANTIK" Anjuran Kelab Perbadanan Kemajuan Negeri Perak(PKNP) di Hotel Casuarina Meru. Pengisian program ini banyak memberikan info kesihatan yang berkaitan dengan kesihatan wanita.LPPKN Perak mengambil kesempatan memberikan taklimat berkaitan perkhidmatan dan kursus-kursus yang LPPKN jalankan.Antaranya adalah ceramah kesedaran cara pengesanan awal kanser serviks melalui pemeriksaan pap smear,pengesanan awal kanser payudara melalui BSE,dan pengurusan stress.Selain itu LPPKN Perak juga telah mengadakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan pakej 1 dan pakej 2 dan ujian stress. Karnival ini dirasmikan oleh YB Pn Wong May Ing selaku Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Sosial, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.