Bahasa :
A- A A+
Saiz Font :


Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan 1 Malaysia (BKK1M) peringkat Negeri Perak bertemakan “Saya Sayang Keluarga Saya” & Kempen No Gadget Hour

Ipoh, Perak, 25 November 2017 – LPPKN Negeri Perak telah melaksanakan Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan 1 Malaysia (BKK1M) peringkat Negeri Perak bertemakan  “Saya Sayang Keluarga Saya” & Kempen No Gadget Hour pada 25 November 2017. Pelancaran Sambutan BKK1M dan Kempen No Gadget Hour tersebut telah diadakan di Lost World Of Tambun Water Park dengan pegisian berbagai-bagai aktiviti seperti sukaneka keluarga, mencari harta karun, cabutan bertuah,aktiviti kanak-kanak “Mencari Itik Emas”, aktiviti warga emas iaitu Aero Dance oleh PAWE UTC Ipoh, “Family Street Poll” dan aktiviti yang disediakan di dalam Lost World of Tambun. YB Dato’ Hajah Rusnah Binti Kassim selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak telah melapangkan masa untuk melancarkan Sambutan BKK1M dan Kempen No Gadget Hour tersebut. Selain itu, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan (TKPP) LPPKN Malaysia, Encik Abdul Shukor Abdullah turut hadir menyampaikan ucapan aluan. Majlis tersebut telah mendapat liputan akhbar Sinar Edisi Perak, Berita Harian dan Bernama.

BKKM

Picture1Disediakan oleh :

Unit Penerangan & Pendidikan LPPKN Perak