Bahasa :
A- A A+
Saiz Font :


160 KELUARGA MERAIKAN SAMBUTAN BULAN KELUARGA KEBANGSAAN 1MALAYSIA ANJURAN LPPKN MELAKA

IMG 7229

MELAKA, 18 November 2017 - Seramai 160 keluarga telah hadir meraikan Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan 1Malaysia (BKK1M) Peringkat Negeri Melaka yang diadakan di Bayou Lagoon Theme Park. Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang disediakan untuk para peserta antaranya trasure hunt, sukaneka keluarga, pertandingan rekaan barangan kitar semula, pertandingan karaoke, photo booth keluarga dan banyak lagi.

Majlis ini telah dirasmikan oleh YAB Datuk Latipah Omar, Exco Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan Negeri Melaka. Program ini didapati dapat memupuk semangat kasihkan keluarga selain mengeratkan lagi silaturrahim diantara ahli keluarga. Selain itu, LPPKN juga melancarkan kempen 'No Gadget Hours' dimana para ahli keluarga diminta untuk menyimpan telefon bimbit mereka didalam beg yang disediakan agar masa yang berkualiti bersama keluarga dapat digunakan dengan sebaiknya.

Tags: lppkn melaka,, bkk1m,, bayou lagoon,