Bahasa :
A- A A+
Saiz Font :


FREE MARKET@LPPKN

 

pree 1 out

20 Disember 2017 : Program Free Market@LPPKN merupakan program inovasi sosial yang menggalakkan aktiviti kemasyarakatan melalui sumbangan barangan percuma, iaitu barangan baharu dan terpakai yang masih elok. Program Free Market@LPPKN juga merupakan salah satu program TAMPIL yang membabitkan penglibatan semua anggota di sektor masing-masing.

Objektif program ini adalah:-

  • Mengeratkan hubungan sesama warga kerja LPPKN;
  • Mendidik dan memupuk peribadi erti berkongsi dengan yang lebih memerlukan;
  • Mengurangkan pembuangan barangan terpakai (barangan yang masih berkeadaan elok. Sekiranya barangan sumbangan tersebut tidak habis, barangan akan ditempatkan di Food Bank (Unit Pentadbiran & Inovasi, Sektor KPK) untuk disimpan sebelum diserahkan kepada penganjur Free Market seterusnya.

pree 2 out

Program Free Market@LPPKN diasaskan pada tahun 2016 dan untuk tahun 2017 pelaksanaannya diperluaskan ke setiap sektor berdasarkan giliran. Antara barangan yang disumbangkan adalah barang makanan kering (tepung,gula,minyak masak, beras, dll); dan pakaian terpakai.

Sebanyak 6 siri Free Market@LPPKN telah diadakan bermula Jun 2017 dan penganjurannya telah berjaya dimanfaatkan oleh 350 orang penerima.