Bahasa :
A- A A+
Saiz Font :


Program Perkhidmatan Bas Bergerak

Teluk Intan, Perak, 11 September 2017 – Unit Klinikal  LPPKN Negeri Perak telah mengadakan Perkhidmatan Klinik Bergerak bertempat di Dataran Pasar Besar dan Menara Condong, Teluk Intan. Sambutan yang sangat menggalakan, seramai kira-kira 200 orang peserta telah mengunjungi Klinik Bergerak tersebut. Program ini telah dijalankan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Teluk Intan.

Program Klinik Bergerak yang dilaksanakan oleh LPPKN PERAK bertujuan meluaskan penyampaian perkhidmatan LPPKN  ke masyarakat terutamanya kesedaran berkaitan kesihatan reproduktif kepada wanita dan masyarakat setempat. Seramai 79 orang pelanggan telah mendapatkan pemeriksaan darah pakej 1, 121 orang mendapatkan suntikan percuma HPV kepada remaja wanita yang layak. Program Klinik Bergerak ini akan di jalankan secara berkala di lain-lain lokasi di sekitar negeri Perak.

Disediakan oleh :

Unit Klinikal LPPKN Perak

IMG 20170911 WA0032IMG 20170911 WA0029IMG 20170911 WA0028