Bahasa :
A- A A+
Saiz Font :


Program Pengurusan Ekonomi Keluarga (SMART Belanja@LPPKN) Siri 3/2017 LPPKN Perak

Manjung, Perak, 7 September 2017 – Unit Penerangan dan Pendidikan LPPKN Negeri Perak telah mengadakan Program Pengurusan Ekonomi Keluarga (SMART Belanja@LPPKN) Siri 3/2017 pada 7 September 2017 bertempat di Dewan Nur, Masjid Nurul Hidayah, Manjung. Seramai kira-kira 56 orang peserta dari Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan Perak dari sekitar daerah Manjung  telah menghadiri program tersebut. Program ini juga telah dijalankan dengan kerjasama Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia dan Bank Muamalat Cawangan Manjung.

Program SMART Belanja@LPPKN yang dilaksanakan oleh LPPKN adalah bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan terutama kepada ahli-ahli keluarga berkaitan perancangan dan pembinaan pelan tindakan kewangan yang baik, serta kepentingan mempraktikkan amalan pengurusan kewangan yang bijak dan berhemah. Para peserta telah memberikan maklumbalas positif mengenai Program SMART Belanja@LPPKN ini kerana dapat meningkatkan kemahiran dalam menguruskan kewangan masing-masing.

Disediakan oleh :

Unit Penerangan & Pendidikan LPPKN Perak