Bahasa :
A- A A+
Saiz Font :


MODEL PEMERKASAAN KOMUNITI DAN KELUARGA (FACE) DIPERKENAL SEMPENASAMBUTAN BULAN KELUARGA KEBANGSAAN 1MALAYSIA (BKK1M) 2016

1

 

BETING MARO, 31 Oktober. – Program Pemerkasaan Keluarga dan Komuniti (FACE) bersempena November  sebagai Bulan Keluarga Kebangsaan 1Malaysia (BKK1M) 2016 peringkat Negeri Sarawak yang bertemakan “Saya Sayang Keluarga Saya” dilancarkan oleh oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Dato' Seri Rohani Abdul Karim di sini, hari ini.

Pelancarannya diadakan di Kampung Beladin kerana ia adalah salah sebuah dan 14 Komuniti FACE yang dipilih dari seluruh negara pada tahun ini.

Menurut Rohani, Program ini diadakan bertujuan untuk memberi fokus terhadap usaha untuk meningkatkan kesejahteraan keluarga menerusi projek pembangunan model pengukuhan keluarga dan komuniti dan keluarga FACE (Family And Community Empowerment). Pelaksanaan program ini juga adalah susulan daripada keputusan Majlis Sosial Negara pada 3 Mac 2015 mengenai hala tuju bagi program pembangunan Keluarga di Malaysia mengenai usaha untuk melaksanakan projek rintis bagi mengupayakan komuniti dalam mengukuhkan institusi keluarga di Malaysia. 

2

 

Program ini dianjurkan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dengan kerjasama Pejabat Daerah Pusa dan merupakan rentetan program Forum Komuniti Keluarga Bahagia dan program Jelajah Keluarga Bahagia yang pelancarannya telah diadakan di Pusa pada tahun lalu.

Communit Engagement dengan masyarakat dalam program kekeluargaan yang berterusan adalah satu pendekatan yang efektif untuk meningkatkan kesejahteraan keluarga dan komuniti. Pendekatan program FACE akan mengenalpasti keperluan dan program intervensi yang bersesuaian bagi meningkatkan tahap kesejahteraan keluarga dan komunikasi setempat. Selain itu, pemerkasaan mekanisme sosial sedia ada akan diperkukuhkan melalui pewujudan Family Champion sebagai agen penggerak dalam masyarakat bagi menyediakan aksesibiliti terhadap program dan perkhidmatan sokongan keluarga.

Turut hadir adalahTuan Haji Razaili Haji Ghapor , ADUN Beting Maro, Abdul Shukur Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah LPPKN, Tuan Bujang Haji Budin, Pegawai Daerah Pusa dan pemimpin masyarakat setempat. Seramai 1000 orang pengunjung turut memeriahkan sambutan dalam semua acara keluarga yang disediakan.