Bahasa :
A- A A+
Saiz Font :


PERHIMPUNAN BULANAN LPPKN SEPTEMBER

UCAPAN

yang berbahagia

dato’ dr. siti norlasiah ismail

ketua pengarah lembaga penduduk dan pembangunan keluarga negara

PERHIMPUNAN BULANAN LPPKN

 30 SEPTEMBER 2016 (JUMAAT)

DEWAN BESAR TINGKAT 22

perhimpunan

 

Bismillahirrahmannirrahim.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Terima kasih pengacara majlis

2)         Y.BHG DATO’ SITI NORLASIAH ISMAIL

Tuan-Tuan Dan Puan-Puan Yang Dihormati Sekalian,

  1. Alhamdulillah, bersyukur saya ke-hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita bersama-sama berkumpul pada perhimpunan bulanan dan tahniah kepada LPPKN Negeri Selangor sebagai hos perhimpunan ini. Justeru itu, saya ingin mengucapkan juga jutaan tahniah kepada semua warga LPPKN khususnya sama ada di peringkat Ibu Pejabat dan Negeri kerana telah berjaya menyemarakkan bulan Ogos iaitu bulan kemerdekaan di mana LPPKN telah diberi peluang menyertai acara perbarisan. Walaupun telah berlabuhnya tirai sambutan kemerdekaan, ini tidak bermakna ia berlalu begitu saja malahan disusuli pula dengan sambutan Hari Malaysia pada 16 September 2016. Selamat Hari Malaysia saya ucapkan kepada semua warga LPPKN. Walaupun telah berlabuhnya tirai sambutan ini tidak bermakna elemen KASIH (Kasih, Akhlak,Sihat,Ilmu dan Harmoni) berlalu begitu sahaja tanpa kita mengamati yang tersirat di sebalik mempromosikan nilai sebegini kepada masyarakat Malaysia. Di sini 

“Daripada Muaz RA katanya, aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Firman Allah Taala (dalam Hadith Qudsi) orang-orang yang berkasih sayang kerana keagunganku akan mendapat minbar-minbar daripada cahaya yang diinginkan oleh para nabi dan syuhada”

(Hadith Riwayat at-Tirmizi, katanya : Hadith ini Hasan lagi Sahih)

  1. Dalam kita mensejahterakan institusi kekeluargaan dan mengimarahkan nilai-nilai murni , kesejahteraan di dalam organisasi perlu dipelihara sentiasa agar elemen KASIH dan KIPP (Kerjasama, Integriti, Profesional dan Penyayang). Untuk merealisasikan pekara ini, Unit Transformasi dan Pengurusan  Perlaksanaan sedang menjalankan Indeks Kesihatan Organisasi. Kajian ini memerlukan maklumbalas daripada semua warga LPPKN bagi mendapat pandangan berkenaan dengan pelarasan, pelaksanaan dan pembaharuan dalam organisasi.

Tuan-Tuan Dan Puan-Puan Yang Dihormati Sekalian,

Selain daripada sambutan Hari Malaysia, bulan ini juga diimarahkan dengan pelbagai wacana ilmu kekeluargaan yang melibatkan penggunaan kontraseptif. ini juga telah dilaksanakan pelbagai wacana ilmu kekeluargaan anjuran Sektor Perkhidmatan Keluarga seperti Seminar Wassatiyyah dan Wacana Kajian Kesihatan Seksual dan Reproduktif Remaja di Sabah dan Sarawak. Seminar dan wacana ini merupakan kerjasama yang wujud di antara LPPKN , Institut Wassatiyyah dan UNFPA. Sehubungan dengan itu, di bawah Rancangan Malaysia ke-11, LPPKN turut diberi mandat oleh Kerajaan untuk melaksanakan projek FACE: Program Pemerkasaan Keluarga dan Komuniti. Saya pasti bahawa rata-rata  LPPKN negeri sedang berusaha dengan jayanya dalam merancang serta melaksanakan program FACE ini.Semoga Allah merahmati dan memudahkan urusan perlaksanaan program ini.

  1. Saya dimaklumkan bahawa LPPKN Selangor telah melaksanakan program intevensi FACE  di bawah Domain Komuniti dan Keluarga serta Domain Keselamatan pada 24 September 2016 yang lepas bersama-sama dengan komuniti KRT Rumah Pangsa Seksyen 16 melalui kolaborasi dengan pelbagai agensi negeri seperti Jabatan Kesihatan Negeri Daerah Petaling, JKM,JPW, AADK dan Persatuan Jiran Wanita. Tahniah saya ucapkan kepada LPPKN Negeri Selangor.
  1.   Dalam usaha mencapai Indeks Prestasi Petunjuk Menteri KPWKM (MKPI) , LPPKN Negeri  Selangor telah melaksanakan usaha dari segi mempromosikan program Keibubapaan Tempat Kerja (Parenting@Work) Swasta dan GLC seperti Mostwell Sdn. Berhad Tourism Selangor Berhad, KPJ Shah Alam, KPJ Damansara, MIDA dan UMW Toyota. 

Hadirin yang dihormati sekalian,

6.         Dalam kesibukan kita menyelesaikan sasaran kerja tahunan dan tugasan yang telah diamanahkan sehingga usai penghujung tahun 2016, perlu juga kita bersiap siaga dalam menghadapi pelbagai inovasi cabaran 2017. Bagi mencapai hasrat ini, kita mestilah mengadaptasi corak pemikiran yang baharu, bekerja sebagai satu pasukan, dan tiada lagi istilah bekerja sendirian (work in silo). Nilai-nilai bersama LPPKN iaitu Kerjasama, Integriti, Profesionalisme dan Penyayang, atau ringkasnya KIPP itu hendaklah benar-benar menjadi amalan dan budaya kerja kita bersama. Proses dan cara kerja kita perlu berubah, dengan penilaian prestasi bersifat lebih telus dan terbuka, di mana semua warga LPPKN mempunyai KPI tersendiri. Apa yang perlu kita utamakan ialah hasil kerja secara keseluruhan yang boleh member impak yang baik kepada masyarakat dan dan Negara, bukannya hasil output yang dihasilkan secara piece meal.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Di sini saya ingin menyeru hadirin sekalian agar sentiasa menyematkan rasa sayang kepada organisasi. Moga usaha murni kita dalam menyampaikan konteks ‘Keluarga Bahagia, Negara Sejahtera’ akan terus dirahmati dan diberkati Allah SWT.  Akhir sekali sentiasa semaikan,’Saya Sayang LPPKN, Saya Sayang Keluarga Saya’.

Sekian.

Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.