Bahasa :
A- A A+
Saiz Font :


Majlis Ihya Ramadhan dan Kesyukuran Sempena 50 Tahun LPPKN

KUALA LUMPUR, 10 Jun: Sambutan ulangtahun ke 50 Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah disempurnakan oleh DatukHajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat diBangunan LPPKN di sini, hari ini. Majlis bertemakan Membina Keluarga Sejahtera dimulakan dengan edaran 800 bungkusan bubur lambuk kepada orang awam dan pengguna jalanraya sekitar Bangunan LPPKN serta kakitangan LPPKN. Acara dimeriahkan dengan perasmian Galeri Warna Warni 50 Tahun LPPKN. Galeri ini akan dibuka kepada orang ramai sepanjang sambutan sehingga November 2016 sempena Bulan Keluarga Kebangsaan 1Malaysia. Antara peralatan yang dipamerkan adalah barangan arkib LPPKN berupa gambar-gambar dan peralatan makmal perancang keluarga sejak mula ditubuhkan pada tahun 1966. Sambutan yang diakhiri dengan majlis doa selamat dan berbuka puasa serta solat sunat Tarawih turut dihadiri oleh Dato' Sabariah Hassan, Ketua Setiausaha KPWKM dan Dato' Mariam Mas Yacob, Pengerusi LPPKN.

13435350 1020211974701177 4691869295965006807 n

13434748 1020212068034501 8733268686233838532 n

13450897 1020212198034488 2344514486363439614 n

13419039 1020212678034440 4723721116900312388 n