Bahasa :
A- A A+
Saiz Font :
BULAN KELUARGA KEBANGSAAN 1 MALAYSIA


Perhimpunan Bulanan KPWKM 24 MEI 2016

PUTRAJAYA, 24 Mei: Perhimpunan bulanan peringkat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah diadakan bertempat di Dewan Perdana NUR, KPWKM yang dihadiri hampir 350 orang termasuk daripada agensi-agensi dibawah KPWKM. Ucapan telah disampaikan oleh YB Dato' Sri Rohani Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang sempat mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua peserta yang hadir. Beliau juga telah merakamkan takziah kepada Allahyarhamah YB Dato' Noriah Kasnon yang terkorban dalam nahas helikopter di Sarawak baru-baru ini. Dengan nada sedih beliau memohon agar Allahyarhamah yang telah dianggap seperti adik sendiri agar rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Di samping itu, beliau juga telah sama-sama meraikan ibu-ibu warga kementerian yang mempunyai anak penghidap autisme. Beliau menyeru agar anak-anak ini diberi sepenuh perhatian dan kasih sayang agar kebajikan mereka sentiasa terbela. Di penghujung acara belaiu telah melancarkan kempen 'No Mobile During Dinner' yang mendapat kerjasama daripada LPPKN dan Focus on the Family (FOTF). Turut hadir ialah YB Datuk Paduka Senator Chew Mei Fun, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Ketua-ketua pengarah agensi di bawah KPWKM. Tahniah dan syabas kepada LPPKN atas penganjuran perhimpunan pada kali ini!

 CjRWYCWWkAAbSpG