Bahasa :
A- A A+
Saiz Font :


AMANAT YBhg. Ketua Pengarah LPPKN Sempena Perhimpunan Bulan Februari

YBHG. DATO’ DR SITI NORLASIAH ISMAIL,

KETUA PENGARAH

LEMBAGA PENDUDUK DAN PEMBANGUNAN KELUARGA NEGARA

PERHIMPUNAN BULANAN FEBRUARI 2016 LPPKN

29 FEBRUARI 2016 (ISNIN)

DI DEWAN BESAR, TINGKAT 22, LPPKN

ALUAN

BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM.

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA.

YANG DIKASIHI PENGERUSI MAJLIS,

YANG DIHORMATI DR. ANJLI DOSHI,

TIMBALAN KETUA PENGARAH (DASAR)

YANG BERUSAHA HAJI ABDUL SHUKUR BIN ABDULLAH,

TIMBALAN KETUA PENGARAH (PENGURUSAN)

YANG BERUSAHA ENCIK RAMLI SHABUDIN, PENGARAH LPPKN WPKL SELAKU TUAN RUMAH PADA KALI INI SERTA TEAM WPKL

Tuan syed izman syed aziz al-khadri

Yang DiPertua Kesatuan LPPKN

PENGARAH-PENGARAH BAHAGIAN

PENGARAH-PENGARAH NEGERI

PEGAWAI-PEGAWAI DAN ANGGOTA LPPKN YANG DIKASIHI SEKALIAN.

  1. ALHAMDULILLAH, MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MERAFAKKAN SETINGGI-TINGGI KESYUKURAN KE HADRAT ALLAH SUBHANAHU WA TA’ALA KERANA DENGAN LIMPAH KURNIANYA JUA DAPAT KITA BERKUMPUL PADA PAGI YANG MULIA INI. SEMOGA KEHADIRAN TAHUN BAHARU 2016 INI MEMBAWA KITA BERSAMA KEPADA PENCAPAIAN DAN KEJAYAAN BARU KEPADA KITA.

PELAN STRATEGIK LPPKN 2016 - 2020

  1. SEPERTI YANG KITA SEMUA SEDIA MAKLUM, YBM TELAH BERSETUJU DENGAN HALA TUJU KITA YANG BARU IAITU UNTUK MENJADI SEBUAH AGENSI KECEMERLANGAN PENDUDUK DAN KELUARGA, BAGI MENCAPAI VISI TERSEBUT, KITA MENETAPKAN MISI IAITU MEMACU AGENDA KEPENDUDUKAN DAN KEKELUARGAAN YANG INOVATIF MELALUI PERLAKSANAAN DASAR SERTA KAJIAN KEPADA SEMUA PERKHIDMATAN DAN PROGRAM – PROGRAM YANG BAKAL DIJALANKAN. SEBAGAI WARGA LPPKN,KITA BERPERANAN UNTUK MEREALISASIKAN STRATEGI PELAN STRATEGIK LIMA TAHUN YANG TELAH KITA GARISKAN. OLEH ITU, SAYA BERHARAP KITA SEMUA BEKERJA DALAM SATU SYNERGY AGAR MATLAMAT KITA TERCAPAI AKHIRNYA. EMPAT FOKUS STRATEGIK KITA ADALAH UNTUK MENGARUSPERDANAKAN KEPENDUDUKAN, MERAKYATKAN PERKHIDMATAN SOKONGAN KEKELUARGAAN, WEWUJUDKAN HUB DATA KEPENDUDUKDAN DAN KELUARGA SERTA MENJANA PRODUK INOVATIF KEKELUARGAAN.
  1. RANCANGAN MALAYSIA KESEBELAS (RMK-11) MENYATAKAN SECARA JELAS PERANAN LPPKN DALAM PEMBANGUNAN KELUARGA. INI MERUPAKAN SATU PENGIKTIRAFAN DAN TANGGUNGJAWAB NEGARA KEPADA LPPKN, ORGANISASI YANG KITA SAYANGI INI. OLEH YANG DEMIKIAN, SEMUA WARGA LPPKN WAJAR BERASA BANGGA, BAHKAN LEBIH BERSEMANGAT UNTUK TERUS MENYUMBANG BAGI PEMBANGUNAN ORGANISASI DAN NEGARA, SEJAJAR DENGAN TEMA KITA PADA TAHUN INI, LPPKN 50 TAHUN MEMBINA KELUARGA SEJAHTERA.
  1. SEBAGAI LANGKAH PERTAMA DALAM MEMASTIKAN HALA DAPAT DITERJEMAHKAN, PIHAK PENGURUSAN TELAH MENGAMBIL TINDAKAN DENGAN MEMBUAT PENSTRUKTURAN SEMULA BAGI MEMANTAPKAN PERKHIDMATAN DENGAN TURUT MENGAMBIL KIRA KEKUATAN SUMBER MANUSIA SEDIA ADA. SUMBER SEDIA ADA INI PERLU DIOPTIMUMKAN PENGGUNAANNYA BAGI MENGHASILKAN OUTPUT YANG BERGANDA.
  1. SAYA MENGHARAPKAN PERUBAHAN YANG KITA CUBA LAKUKAN INI MENDAPAT KOMITMEN DARI KITA SEMUA. PERLU KITA INGAT CABARAN BEKERJA MASA KINI TELAH BERUBAH DAN EKSPEKTASI STAKE HOLDER PERLU DIPENUHI DENGAN PANTAS. OLEH ITU, SAYA MENGHARAPKAN STURKTUR SEMULA INI DAPAT MEMBENTUK BUDAYA KERJA YANG LEBIH EFEKTIF, DINAMIK DI SAMPING MEMBENTUK PERSEKITARAN KERJA YANG LEBIH POSITIF. PENYUSUNAN STRUKTUR BARU INI JUGA SELARAS DENGAN SARANAN PIHAK KERAJAAN YANG MAHUKAN ORGANISASI LEBIH FLEKSIBEL, PENDEKATAN SISTEM MATRIKS DAN KERJASAMA BERPASUKAN.

MATRIX ORGANIZATION DEFINITION

“AN ORGANIZATIONAL STRUCTURE THAT FACILITATES THE HORIZONTAL FLOWS OF SKILL AND INFORMATION. IT IS USED MAINLY IN THE MANAGEMENT OF LARGE PROJECTS OR PRODUCT DEVELOPMENT PROCESSESS, DRAWING EMPLOYEES FROM DIFFERENT FUNCTIONAL DISCIPLINES FOR ASSIGNMENT TO A TEAM WITHOUT REMOVING THEM FROM THEIR RESPECTIVE POSITIONS”

TUNTUTAN INOVASI DALAM PERKHIDMATAN DAN PELAKSANAAN PROGRAM

  1. INOVASI DAN KREATIVITI BUKAN SAHAJA HANYA BERLAKU DIPERINGKAT PERANCANGAN, TETAPI IA JUGA HARUS MENJADI NILAI TAMBAH DAN BUDAYA DI PERINGKAT PERLAKSANAAN. WE MUST CHANGE AND INOVATE OUR THINKINGS AND ACTIONS FOR BETTERMENT. BUDAYA KREATIVITI DAN INOVASI YANG POSITIF PERLU MENJADI PEGANGAN DALAM PERLAKSANAAN TUGASAN HARIAN.

PENDEKATAN UNTUK PELAKSANAAN PROGRAM KINI BOLEH DIBUAT SECARA NBOS. CONTOHNYA PROGRAM INTERNATIONAL PARENTING AND MARRIAGE CONFERENCE DI PICC PADA 13-14 FEBRUARI YANG LALU TELAH DIADAKAN SECARA PARTNERSHIP DENGAN MARRIAGE QA SDN BHD DAN IA MERUPAKAN PENTAS YANG BAIK UNTUK MEMPROMOSIKAN PERKHIDMATAN LPPKN KHUSUSNYA KEPADA PASANGAN YANG BARU BERKAHWIN DARI GENERASI Y DAN GENERASI MUDA. PROGRAM INI TERNYATA MENDAPAT SAMBUTAN DAN LIPUTAN MEDIA YANG BAIK, APA YANG INGIN SAYA TEKANKAN DI SINI ADALAH WE DON’T HAVE TO WORK ALONE AND CARRY ALL THE BURDENS BY OURSELVES. THE KEY WORD IS TO COLLABORATE AND BENEFIT.

  1. LPPKN JUGA AKAN MENERUSKAN KERJASAMA SEUMPAMA INI DENGAN BEBERAPA PENGANJUR SEMINAR PERINGKAT KEBANGSAAN ANTARANYA SEPERTI SEMINAR ISU-ISU SEKSUALITI PERINGKAT KEBANGSAAN 2016 BERSAMA UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABDIN (UNISZA) YANG AKAN DIADAKAN PADA 18-20 MAC 2016 DI UNISZA KUALA TERENGGANU DAN 3RD NATIONAL COUNSELLING CONFERENCE BERSAMA UCSI UNIVERSITY PADA 21 DAN 22 APRIL 2016 DI UCSI HEIGHTS CHERAS KUALA LUMPUR. LPPKN AKAN TURUT MEMBENTANGKAN KERTAS KERJA DI KEDUA-DUA SEMINAR INI DI SAMPING PEMBENTANG DARI DALAM DAN LUAR NEGARA.

PENEMUAN HASIL KAJIAN PENDUDUK DAN KELUARGA MALAYSIA ke5 (MPFS-5)

  1. PADA 23 FEBRUARI YANG LALU, KITA JUGA TELAH MELANCARKAN PENEMUAN UTAMA, KAJIAN PENDUDUK DAN KELUARGA NEGARA 5, YANG TELAH DIADAKAN DI HOTEL SHAGRILA,PUTRAJAYA. TAHNIAH SAYA UCAPKAN KEPADA TEAM KEPENDUDUKAN DAN APA YANG PALING UTAMA SUPAYA   HASIL KAJIAN INI DAPAT DIMANFAATKAN OLEH KITA SEMUA DALAM MENYEDIAKAN PROGRAM YANG SELARI MENGIKUT KEPERLUAN DAN KEHENDAK MASYARAKAT, BERASASKAN HASIL KAJIAN MPFS-5 INI. DENGAN ITU PROGRAM DAN PERKHIDMATAN YANG DILAKSANAKAN BERTEPATAN DAN TIDAK TERSASAR DARI VISI DAN MISI STRATEGIK LPPKN. KAJIAN INI MERUPAKAN SALAH SATU KAJIAN UTAMA KITA DALAM MENGARUSKAN PERDANAKAN KEPENDUDUKAN DAN MEWUJUDKAN HUB DATA.

WARGA LPPKN YANG SAYA KASIHI,

PENJIMATAN PERBELANJAAN 2016

  1. BERDASARKAN PEKELILING MENGENAI RASIONALISASI BAJET YANG DITERIMA DARIPADA KEMENTERIAN KEWANGAN, KITA SEMUA PERLU SAMA-SAMA MELAKSANAKAN LANGKAH PENJIMATAN MENGAMBIL KIRA KEADAAN SITUASI EKONOMI GLOBAL YANG TIDAK BEGITU STABIL. ANTARA YANG PERLU KITA LAKSANAKAN ADALAH TIADA PEMBERIAN HADIAH / CENDERAHATI; PROGRAM/ACARA ANJURAN AGENSI DIBUAT SECARA IN-HOUSE; PREMIS KPWKM/JABATAN/AGENSI DAPAT DIGUNAKAN BAGI TUJUAN PENGANJURAN ACARA DALAM USAHA UNTUK MENGURANGKAN PERBELANJAAN. UNTUK TUJUAN LATIHAN PULA, PENGGUNAAN INSTITUT LATIHAN DI SELURUH NEGARA HENDAKLAH DIMANFAATKAN DENGAN PERKONGSIAN PRASARANA DAN KEMUDAHAN LATIHAN. KELULUSAN KSU PERLU DIPEROLEHI JIKA PROGRAM INGIN DILAKSANAKAN DI HOTEL DAN PERLU DISERTAKAN JUSTIFIKASI YANG RELEVEN. SEBARANG BENTUK PEMBAZIRAN DAN PERBELANJAAN YANG TIDAK PERLU PERLU DIHENTIKAN. BERBELANJA MENGIKUT PERATURAN DAN KEPERLUAN BUKAN MENGIKUT KEHENDAK.  
  1. ASPEK INTEGRITI PERLU DITANAMKAN DALAM DIRI KITA, YANG MERUPAKAN SALAH SATU DARIPADA NILAI BERSAMA LPPKN. NILAI BERSAMA YANG DIBANGUNKAN MAMPU MENJADI PEGANGAN NILAI YANG BERKESAN JIKA KITA MEMPUNYAI FAHAMAN DAN AMALAN SECARA BERSAMA, (WAHDATUL FIQH SERTA WAHDATUL AMAL). BENARLAH FIRMAN ALLAH DI DALAM SURAH AR-RAD : AYAT 11 ; YANG BERMAKSUD

“ …. SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MENGUBAH APA YANG ADA PADA SESUATU KAUM SEHINGGA MEREKA MENGUBAH APA YANG ADA PADA DIRI MEREKA SENDIRI….”,

  1. KITA SEBENARNYA DIBERI TANGGUNGJAWAB UNTUK BERUSAHA MENGUBAH SEBARANG KESULITAN, KESEMPITAN YANG DITANGGUNG, KERANA KESAN DARI USAHA ITU, BARULAH DATANGNYA PERTOLONGAN DARI ALLAH. SEMOGA AYAT INI, DAPAT MEMBERI SUNTIKAN SEMANGAT KEPADA KITA UNTUK TERUS BERISTIQAMAH DENGAN APA YANG KITA LAKUKAN SEKARANG INI.

PENUTUP

  1. AKHIRNYA, TAHNIAH KEPADA LPPKN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR SELAKU TUAN RUMAH MAJLIS PERHIMPUNAN PADA PAGI INI. KEPADA SEMUA, SAYA BERHARAP KITA SEPATUTNYA LEBIH ERAT DAN LEBIH MEMAHAMI ANTARA KITA DAN MAMPU MEMBERIKAN YANG LEBIH BAIK SESUAI DENGAN USIA KITA, 50 TAHUN. APA YANG KITA ALAMI BAIK YANG POSITIF ATAU NEGATIF, JADIKAN PANDUAN DAN TEKAD UNTUK MENJADI YANG LEBIH BAIK PADA DIRI SENDIRI DAN ORGANISASI. TANPA KITA DI SINI, LPPKN MASIH BOLEH BERDIRI DAN DIKENALI TETAPI TANPA LPPKN KITA BELUM TENTU SEPERTI HARI INI. OLEH ITU BERSYUKUR…BERUSAHA ITU PERBUATAN, REZEKI ITU KEJUTAN. DAN YANG TIDAK BOLEH DILUPAKAN, SETIAP HAKIKAT REZEKI AKAN DITANYA KELAK” DARI MANA DAN DIGUNAKAN UNTUK APA. KERANA REZEKI HANYALAH “HAK PAKAI DAN BUKAN HAK MILIK”. HALALNYA DI HISAB DAN HARAMNYA DI AZAB”
  1. SEMOGA LPPKN AKAN TERUS MELANGKAH LEBIH BAIK DENGAN PERMULAAN BARU, IN SHAA ALLAH AKAN DIPERMUDAHKAN SEGALANYA. AMIN.

SEKIAN, WABILLAH HI TAUFIK WAL HIDAYAH WASSALAM MUALAIKUM WRT.WBT.