Bahasa :
A- A A+
Saiz Font :


Majlis soft launch 50 TAHUN: LPPKN MEMBINA KELUARGA SEJAHTERA

 

Meniti detik sambutan 50 tahun atau Jubli Emas Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) menggamit perasaan bercampur baur. 1 Mac 2016 adalah hari pertama kiraan 100 hari sehingga bertemu tarikh keramat 6 Jun 2016 nanti iaitu tarikh sebenar wujudnya LPPKN di bumi Malaysia. Majlis sederhana countdown tersebut disempurnakan oleh Dato' Dr. Siti Norlasiah Ismail, Ketua Pengarah LPPKN di ruang lobi tingkat bawah dengan kehadiran pegawai dan anggota LPPKN.

"Sebagai Ketua Pengarah, saya merasa bangga kerana LPPKN, sepanjang lima dekad penubuhannya, telah berjaya memainkan peranannya dalam menasihati kerajaan demi membina keluarga sejahtera. Peranan ini dimainkan melalui pelaksanaan program dan aktiviti kajian demografi keluarga dengan memfokuskan kepada aspek kependudukan, pembangunan keluarga dan reproduksi manusia", demikian kata beliau dalam teks ucapan perasmiannya.

Menurutnya lagi, pelbagai cabaran dan rintangan telah dilalui sepanjang 50 Tahun dan perlu terus berusaha dan berganding bahu dalam menjadikan LPPKN sebagai Organisasi Kecemerlangan Penduduk dan Keluarga. Detik ini perlu dijadikan turning point untuk mengubah persepsi masyarakat di luar sana bahawa LPPKN masih relevan dan akan tetap terus berdiri teguh.

Akhir kata, beliau juga mengharapkan bahawa pihak LPPKN Negeri turut menghangatkan sambutan 50 tahun ini dengan mengadakan sudut di premis masing-masing.

pok

indexer