Bahasa :
A- A A+
Saiz Font :


AMANAT YBhg. Dato' Mariam Mas Yaacob, Pengerusi LPPKN Sempena Perhimpunan Bulanan

BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM.

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA.

YANG BERUSAHA PENGERUSI MAJLIS,

Yang Berbahagia Dato’ Dr. Siti Norlasiah Ismail

Ketua Pengarah LPPKN

YANG BERUSAHA DR. ANJLI DOSHI,

TIMBALAN KETUA PENGARAH (DASAR)

YANG BERUSAHA HAJI ABDUL SHUKUR BIN ABDULLAH,

TIMBALAN KETUA PENGARAH (PENGURUSAN)

Yang Berusaha ENCIK KHAIRUL NIZAM BIN AHMAD

Yang DiPertua Kesatuan LPPKN

Pengarah-pengarah Bahagian

Pengarah-pengarah Negeri

PEGAWAI-PEGAWAI DAN ANGGOTA LPPKN YANG DIKASIHI SEKALIAN.

 

ALHAMDULILLAH, MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MERAFAKKAN SETINGGI-TINGGI KESYUKURAN KE HADRAT Allah subhanahu wa ta’ala kerana dengan limpah kurniaNya jua dapat kita BERKUMPUL PADA PAGI YANG MULIA INI. Semoga kehadiran tahun baHARU 2016 ini akan membawa kita bersama kepada pencapaian dan kejayaan baru, sebagai kesinambungan tahun 2015 yang telah meninggalkan kita.

 

SAYA KIRA JUGA BELUM LAGI TERLAMBAT UNTUK SAYA MENGUCAPKAN SELAMAT TAHUN BARU 2016 KEPADA SEMUA WARGA LPPKN. MAJLIS PADA PAGI INI MERUPAKAN PERTEMUAN SAYA YANG KEDUA BAGI TAHUN INI BERSAMA WARGA LPPKN. SUKA SAYA MENJADIKAN PERTEMUAN SEUMPAMA INI SEBAGAI WADAH INTERAKSI ANTARA WARGA KERJA DENGAN PENGURUSAN BAGI MEMBOLEHKAN GAGASAN, HASRAT DAN HALATUJU LPPKN DAPAT DIKONGSI BERSAMA SECARA TERUS KEPADA WARGA LPPKN.

 

Tuan-tuan dan Puan-puan warga kerja LPPKN sekalian.

 

Sesungguhnya tahun 2015 telah meninggalkan kita bersama berbagai kenangan pahit manis. RAMAI PENGANALISIS MENYATAKAN BAHAWA TAHUN 2015 YANG LALU ADALAH TAHUN YANG SUKAR, PENUH DENGAN PANCAROBA, DISELIPUTI DENGAN BERBAGAI KRISIS BAIK DI PERINGKAT ANTARABANGSA DAN JUGA NASIONAl – BAIK DARI SEGI KRISIS EKONOMI, KRISIS POLiTIK, KRISIS KEMANUASIAAN. ALHAMDULILLAH, KITA TELAH MELALUINYA DENGAN TABAH, BAHKAN SEBAGAI SATU ORGANISASI, KITA TETAP UTUH DENGAN MELAKAR BEBERAPA KEJAYAAN YANG BOLEH DIBANGGAKAN.

 

PENCAPAIAN 2015

SAYA JUGA MENGAMBIL KESEMPATAN INI UNTUK MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH DAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA WARGA KERJA LPPKN YANG TELAH MEMBERIKAN SOKONGAN, KERJASAMA DAN KOMITMEN DALAM MENJAYAKAN PROGRAM DAN AKTIVITI DI SEPANJANG TAHUN 2015. SAYA INGIN MENGUCAPKAN TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA SELURUH WARGA LPPKN KERANA BERJAYA BEKERJA DALAM SATU PASUKAN UNTUK MENCAPAI SATU MISI DAN VISI KITA BERSAMA IAITU KECEMERLANGAN.

  1. ANTARA MERCU TANDA KEJAYAAN YANG KITA TELAH CAPAI PADA TAHUN 2015 IALAH TERMAKTUBNYA SECARA JELAS PERANAN lPPKN DALAM PERANCANGAN PEMBANGUNAN 5 TAHUN NEGARA, IAITU RANCANGAN MALAYSIA KESEBELAS (RMK-11) YANG MENYATAKAN SECARA JELAS PERANAN LPPKN DALAM PEMBANGUNAN KELUARGA. INI MERUPAKAN SATU PENGIKTIRAFAN DAN TANGGUNGJAWAB NEGARA KEPADA LPPKN, ORGANISASI YANG KITA SAYANGI INI. OLEH YANG DEMIKIAN, SEMUA WARGA LPPKN PATUTLAH BERASA BANGGA, BAHKAN LEBIH BERSEMANGAT UNTUK TERUS MENYUMBANG BAGI PEMBANGUNAN NEGARA, SEJAJAR DENGAN MOTTO KITA BERSAMA, 50 TAHUN MEMBANGUN KELUARGA SEJAHTERA. MERCU TANDA SETERUSNYA IALAH, SECARA RASMINYA PELAN PERANCANGAN STRATEGIK LPPKN 2016-2020 TELAHPUN DILULUSKAN OLEH PIHAK LEMBAGA DAN JUGA KEMENTERIAN. DENGAN KATA LAIN, PELAN PERANCANGAN LPPKN SELAMA 5 TAHUN AKAN DATANG TELAH MENDAPAT RESTU DAN SOKONGAN DARI PIHAK ATASAN, MAKA KINI MENJADI TANGGUNGJAWAB KITA SEMUA SEBAGAI WArGA LPPKN UNTUK BERSAMA-SAMA MENJAYAKAN APA YANG TELAH DIRANCANGKAN. MAKA TAHUN BAHARU 2016 INILAH, SEBAGAI DETIK MULA UNTUK KITA BERTINDAK SEBAGAI SATU PASUKAN, BAGI MEREALISASIKAN APA YANG TELAH DIRANCANGKAN! SEPERTI KITA SEMUA MAKLUM, HALA TUJU YANG BARU YANG BARU TELAH MENETAPKAN VISI DAN MISI SEBAGAI PANDUAN UNTUK KITA MAJU SEBAGAIMANA DIRANCANG. VISI DAN MISI LPPKN ADALAH :-

VISI LPPKN

MENJADI ORGANISASI KECEMERLANGAN PENDUDUK DAN KELUARGA

(CENTRE OF EXCELLENCE (COE) FOR POPULATION AND FAMILY)

MISI LPPKN

MEMACU AGENDA KEPENDUDUKAN DAN KEKELUARGAAN YANG INOVATIF MELALUI DASAR, KAJIAN DEMOGRAFI KELUARGA, PROGRAM DAN PERKHIDMATAN

(SPURRING AN INNOVATIVE POPULATION AND FAMILY AGENDA THROUGH POLICIES, FAMILY DEMOGRAPHIC RESEARCH, PROGRAMMES AND SERVICES)

 

Tuan-tuan dan Puan-puan warga kerja LPPKN sekalian.

 

8.    HALA TUJU YANG BARU INI PERLU DIUAR-UARKAN KEPADA SEMUA ANGGOTA LPPKN SUPAYA PEMAHAMANNYA SAMPAI KEPADA SEMUA ANGGOTA DAN BOLEH DITERJEMAHKAN KE DALAM AKTIVITI TAHUNAN. KEJAYAAN SESEBUAH ORGANISASI MEMERLUKAN SOKONGAN SEMUA SUPAYA PEMAHAMAN KITA SERAGAM BAGI MENCAPAI VISI YANG DITETAPKAN. PADA TAHUN INI JUGA, LPPKN JUGA MELAKAR SEJARAH YANG PALING BERMAKNA KERANA USIANYA YANG BAKAL MENJELANG 50 TAHUN. DILAHIRKAN PADA 1966, PADA TANGGAL 10 JUN 2016 AKAN DATANG, LPPKN BAKAL MENCECAH USIA EMAS 50 TAHUN. LPPKN BUKAN SAHAJA DEWASA, MATANG DAN SEHARUSNYA SEPATUTNYA LEBIH PRODUKTIF SESUAI DENGAN USIANYA.

9.  

      OLEH YANG DEMIKIAN, SAYA MENGHARAPKAN KOMITMEN YANG TIDAK BERBELAH BAHAGI DARIPADA SEMUA WARGA LPPKN, UNTUK BERSAMA-SAMA DENGAN PIHAK PENGURUSAN DAN MEREALISASIKAN USAHA TRANFORMASI ORGANISASI KITA SUPAYA IA TERUS MAJU DAN BERJAYA. KERJASAMA DARI SEMUA WARGA LPPKN ADALAH PENTING SUPAYA APA YANG KITA USAHAKAN INI AKAN MEMBAWA KEJAYAAN DAN ORGANISASI KITA TETAP KUKUH.

10.  

        SESUNGGUHNYA KERJASAMA DAN KOMITMEN SEMUA WARGA LPPKN ADALAH SESUATU YANG AMAT PERLU BAGI MEMASTIKAN KEJAYAAN ORGANSIASI YANG KITA SAYANGI INI. SAYA MENYERU SUPAYA KITA SEMUA MENGGUNAKAN PELUANG DAN RUANG YANG ADA PADA TAHUN 2016 DENGAN SEBAIK-BAIKNYA UNTUK MEMAJUKAN LAGI ORGANISASI KITA INI. GUNAKANLAH IA SEBAIK MUNGKIN KERANA ADALAH SATU KURNIA, UNTUK KITA SEMUA. “YESTERDAY’S THE PAST, TOMORROW’S THE FUTURE, BUT TODAY IS A GIFT. THAT’S WHY IT IS CALLED THE PRESENT!”. JADI, MARILAH KITA GUNAKAN KURNIA DAN GIFT YANG KITA DAPATI INI SEBAIK MUNGKIN!.

Tuan-puan warga LPPKN sekalian,

PERBELANJAAN BERHEMAH

11.    DALAM USAHA KITA UNTUK MELAKSANA PROGRAM YANG DIRANCANGKAN PADA TAHUN INI SELARAS DENGAN HALA TUJU KITA YANG TELAH DILULUSKAN, ELEMEN PENJIMATAN PERLU DIAMBIL KIRA. ALHAMDULILLAH, LPPKN MASIH LAGI MENDAPAT PERUNTUKAN YANG HAMPIR SAMA SEPERTI 2015 IAITU RM65 JUTA. NAMUN BEGITU, SIKAP KITA PERLU DIUBAH DALAM ASPEK PENJIMATAN. BERBELANJA SECARA BERHEMAH DALAM SETIAP PERKARA DARIPADA YANG SEKECIL-KECIL PERKARA SEPERTI MENUTUP PAIP AIR, MENUTUP SUIZ ALAT ELEKTRIK DI PEJABAT, CAR POOL UNTUK KE MESYUARAT. BEGITU JUGA KETIKA PELAKSANAAN PROGRAM, PERATURAN PEROLEHAN DAN PENJIMATAN PERLU DIPATUHI. DENGAN KENAIKAN HARGA BARANGAN SEMASA, KITA PERLU KREATIF DALAM BERBELANJA. ini adalah cabaran untuk kita sama-sama harungi. bukan sahaja di lppkn tetapi kita selaku ahli keluarga juga amat merasai beban akibat kenaikan harga barangan.

          oleh itu, saya juga menyeru supaya pihak pengurusan melihat aspek kebajikan warga kerja kita. apa yang boleh kita bantu dan permudahkan perlu diberi perhatian. jangan kita terlepas pandang aspek kebajikan  ANGGOTA KITA SENDIRI KERANA UNTUK BERJAYA KITA PERLU SEHATI SEJIWA. Saya percaya, dengan kepimpinan yang ditunjukkan oleh Dato’ Ketua Pengarah, dengan dokongan padu dari kedua-dua Timbalan Ketua Pengarah, komitmen daripada Pengarah-pengarah Bahagian dan Pengarah-pengarah Negeri serta sokongan padu dari semua warga kerja LPPKN, segala apa yang kita rancang akan dapat kita laksanakan dengan jayanya, insyaAllah.Saya berdoa dan berharap tahun 2016 ini akan membawa lebih banyak lagi kejayaan untuk kita. Marilah kita bersama menanamkan azam dan tekad sebagai satu pasukan untuk bersama menyumbang ke arah mencapai visi dan misi LPPKN, organisasi yang kita sayangi ini. Semoga Allah memberkati segala usaha kita dan memberi kejayaan kepada kita semua. Amin ya rabbal ‘alamin.

Sekian.

Wabilahi Taufiq wal Hidayah.

Wassalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakaatuh!