Bahasa :
A- A A+
Saiz Font :


Hari Keluarga LPPKN 2015, Taman Tasik Titiwangsa

KUALA LUMPUR, 13 Disember: Satu program Sambutan Hari Keluarga LPPKN telah diadakan di Taman Tasik Titiwangsa bersempena sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan. Majlis telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Mariam Mas binti Yaacob, Pengerusi LPPKN dan telah dihadiri hampir 800 orang anggota LPPKN beserta ahli keluarga masing-masing. Pelbagai acara menarik telah disediakan antaranya sukaneka berpasangan, pertandingan bayi berpakaian comel, pertandingan mewarna kanak-kanak dan pertandingan membuat sandwich. Semoga acara ini akan dijadikan acara tahunan kepada warga kerja LPPKN. Turut hadir ialah Ketua Pengarah LPPKN, pihak Pengurusan Tertinggi dan Ahli Lembaga Pengarah turut hadir memeriahkan majlis beserta ahli keluarga mereka. Tahniah diucapkan kepada pihak jawatankuasa yang terlibat terutamanaya Bahagian Kependudukan yang telah mengelolakan acara. LPPKN KELUARGA YANG HEBAT!

 

FB IMG 1450006809683

 

FB IMG 1450006757834