Bahasa :
A- A A+
Saiz Font :
BULAN KELUARGA KEBANGSAAN 1 MALAYSIA


Forum Khas Akhlak Teras Keluarga Bahagia

KUALA LUMPUR, 10 Disember: Satu majlis forum telah dianjurkan oleh Bahagian Perancangan Korporat LPPKN dengan kerjasama JAKIM di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Antara ahli panel yang diundang ialah YBrs. Encik Mohd. Zaid bin Mohamed (Pengarah Urusan SmartParents Network Sdn. Bhd.), YBrs. Dr. Adawiyah Ismail (Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi) dan Al Fadhil Ustaz Halim Hafidz (Ikon Belia Negeri Johor) yang diterajui oleh moderator iaitu YBhg. Ustaz Hj. Hazarudin bin Hj. Baharudin (Bahagian Dakwah JAKIM). Majlis yang bermula dari jam 9.00 pagi telah melibatkan hampir seramai 200 orang peserta  yang terdiri daripada anggota kerajaan dan penduduk daripada kawasan PPR. Majlis juga telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Dr Siti Norlasiah Ismail, Ketua Pengarah LPPKN. Selain dari itu juga pemeriksaan saringan kesihatan dan khidmat urutan MAMACare turut disediakan. Semoga semua pihak mendapat manfaat menerusi program ini. Syabas diucapkan!

 FB IMG 1449731900217

FB IMG 1449731893078

FB IMG 1449731883774