Bahasa :
A- A A+
Saiz Font :


KENYATAAN MEDIA: Pangkalan Data MaNIS Jadi Sumber Rujukan Berpusat

KENYATAAN MEDIA: Pangkalan Data MaNIS Jadi Sumber Rujukan Berpusat

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengambil langkah proaktif dalam mewujudkan pangkalan data untuk mengumpul maklumat berkaitan 8 kumpulan sasar Kementerian yang terdiri daripada kanak-kanak, OKU, warga emas, wanita, keluarga, mangsa bencana, orang papa serta NGO secara berpusat. Pengurusan informasi yang komprehensif ini akan diperkukuhkan melalui tadbir urus pangkalan data dan maklumat yang dikenali sebagai Maklumat Nasional Isuisu
Sosial (MaNIS).
MaNIS berperanan untuk mengumpul, mengawal, menganalisa dan membuat laporan mengenai data tersebut terutamanya melibatkan kumpulan sasar yang berasaskan kebajikan dan kesukarelaan. Selain itu juga ia merupakan platform pengumpulan data sosial berpusat bagi membantu penggubalan dasar serta pembangunan program sosial yang berkualiti untuk dilaksanakan oleh KPWKM. Melalui Rolling Plan 1 (20162017) Rancangan Malaysia Ke11, Kerajaan telah
meluluskan peruntukan untuk menambahbaik sistem MaNIS sebagai hub utama maklumat isu-isu sosial negara merentasi pelbagai agensi yang meliputi sektor awam, swasta, NGO dan korporat dengan memasukkan ciriciri baru yang lebih mesra
pengguna dan boleh dicapai dalam pelbagai saluran.

Hasrat KPWKM adalah menjadikan MaNIS sebagai pusat rujukan nasional seiring dengan inisiatif Data Raya Sektor Awam.
***
Disediakan oleh:
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Aras 35, Persiaran Perdana
PUTRAJAYA
Tel: 03-8323 1088 E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
8 Disember 2015