Bahasa :
A- A A+
Saiz Font :


Malam Apresiasi KPWKM 2015, Royale Chulan KL

KUALA LUMPUR, 4 Disember: "Malam ini adalah malam untuk meraikan sumbangan dan kerja keras seluruh warga kementerian dalam menjalankan tugas yang diamanahkan kepada kita," begitulah kata-kata YB Dato' Seri Panglima Hajah Azizah Mohd. Dun, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Majlis Malam Apresiasi KPWKM 2015 bertempat di Hotel Royale Chulan, Jalan Conlay baru-baru ini. Seramai hampir 500 oarang kakitangan KPWKM dan agensi-agensi di bawahnya iaitu JKM, LPPKN, ISM, JPW dan YKN turut serta memeriahkan majlis. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti persembahan daripada artis jemputan, pertandingan video pendek "The Unsung Heroes" yang telah dimenangi oleh Bahagian Kependudukan LPPKN, pertandingan Best Dress Male and Female dan cabutan nombor bertuah. Semoga segala jerih payah sepanjang 2015 akan dijadikan pengalaman yang berharga untuk menempuh tahun 2016 tidak lama lagi.

12279193 909874125734963 1593197135508898079 n

20151206190915

201512061909151

201512061909152