Bahasa :
A- A A+
Saiz Font :


Wacana Penyelidikan Kajian Faktor Risiko dan Pelindung Terhadap Kesihatan Seksual & Reproduktif Remaja di Sarawak

KUCHING, 30 November: Remaja tidak bersekolah mencatatkan peratus tertinggi bagi pengalaman hubungan seks iaitu 38% berbanding remaja universiti 12% dan hanya 3.6% remaja bersekolah.

“Data adalah hasil penemuan awal kajian Faktor Risiko dan Pelindung Terhadap Kesihatan Seksual dan Reproduktif Remaja di Sabah dan Sarawak dan turut mendapati umur minimum pertama kali melakukan hubungan seks kalangan pelajar sekolah adalah 15.3 tahun,” kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat, Datin Paduka Chew Mei Fun, dalam teks ucapan perasmian wacana penyelidikan hasil Kajian Faktor Risiko dan Pelindung Terhadap Kesihatan Seksual dan Reproduktif Remaja di Sabah dan Sarawak, di sini, hari ini.Turut hadir, ialah Dato’ Dr Siti Norlasiah Ismail, Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara ( LPPKN), Saira Shameem, Penasihat Program United Nation Population Fund (UNFPA) dan lebih 200 peserta terdiri daripada para akademik, pensyarah universiti dan pemimpin-pemimpin NGO Negeri Sarawak. Wacana ini merupakan pembentangan hasil kajian ketiga dilaksanakan selepas Semenanjung Malaysia pada tahun 2011 dan Sabah pada 19 November 2015 lalu.Terdahulu, dalam kajian sama bagi Semenanjung Malaysia pada tahun 2011 mendapati 5.8% remaja mengaku pernah melakukan hubungan seks dan 18.6% mengaku mempunyai pasangan seks lebih dari seorang. “Berdasarkan data yang diperolehi itulah, KPWKM melalui LPPKN mengambil langkah memperkenalkan Modul Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial atau PEKERTI untuk meningkatkan pengetahuan dan sikap yang lebih positif terhadap kesihatan reproduktif bagi diri, keluarga dan masyarakat,” tambah Chew. Akhir ucapan, Chew berharap program ini dapat meningkatkan lagi penggunaan data hasil kajian yang berkaitan dengan kesihatan reproduktif oleh semua stakeholder bagi penambahbaikan polisi sedia ada, pembangunan program baharu dan memantapkan lagi program sedia ada.

20151130164342

20151130164338