Bahasa :
A- A A+
Saiz Font :


Temuramah Eksklusif Malaysia Hari Ini (TV3) Bersama YB Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Sempena Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan 1Malaysia (BKK1M) 2015

BANDAR UTAMA, 5 November: "Kasih sayang merupakan antara nilai asas dalam mengupayakan sebuah keluarga bahagia. Sempena bulan November ini iaitu Bulan Keluarga Kebangsaan 1Malaysia marilah kita memberikan ruang dan waktu bersama-sama ahli keluarga mengadakan aktiviti bersama-sama demi menyemarakkan kasih sayang sesama ahli keluarga," begitulah kata-kata YB Dato' Sri Rohani Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ketika diwawancara oleh pengacara popular iaitu Saiful Nizam Ismail dan Zaim dalam rancangan "Malaysia Hari Ini (TV3)" hari ini.