Bahasa :
A- A A+
Saiz Font :


Temuramah Eksklusif RTM Bersama YB Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Sempena Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan 1Malaysia (BKK1M) 2015

KUALA LUMPUR, 4 November: "Saya Sayang Keluarga Saya. Marilah sama-sama kita semarakkan bulan November Sempena Bulan Keluarga Kebangsaan 1Malaysia," kata YB Dato' Sri Rohani Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ketika ditemuramah dalam Slot Selamat Pagi Malaysia TV1 dan Nasional FM di Angkasapuri sebentar tadi. Beliau menyeru semua pihak termasuk NGO dan swasta untuk mengadakan Hari Keluarga masing-masing bagi meraikan sambutan Bulan Keluarga tahun ini. Ayuh sama-sama kita semarakkan Bulan Keluarga November ini.