Bahasa :
A- A A+
Saiz Font :


Konvensyen KIK dan Sambutan Hari Inovasi LPPKN

KUALA LUMPUR, 3 November: Konvensyen KIK dan Sambutan Hari Inovasi telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Besar Bangunan LPPKN di sini. Sebanyak tujuh pasukan bertanding iaitu terdiri daripada Bahagian Kependudukan (Optimistik), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (E-Klik), Bahagian Khidmat Pengurusan dan Kewangan (GST), LPPKN Negeri Sabah (RUMAANDAWI), LPPKN Negeri Perak (CAMBAH), LPPKN Negeri Pahang (INORY) dan LPPKN Negeri Sembilan (WARIS). Pasukan dari PSM (E-Klik) telah diumumkan sebagai Juara, LPPKN Negeri Sembilan (WARIS) di Tempat ke-Dua dan pasukan KPK (GST) di tempat ke-Tiga.

Syabas dan tahniah kepada semua pasukan yang bertanding. Semoga ia akan menyemarakkan lagi semangat berinovasi di kalangan warga LPPKN. Encik Hanafi dari Bahagian Reproduksi Manusia telah memenangi pertandingan rekacipta tema yang bertajuk "Mengupayakan Kreativiti, Membudayakan Inovasi. Tahniah juga diucapkan kepada beliau.