Lawatan Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi
KUALA LUMPUR, 26 Oktober: Seramai 70 orang pelajar beserta pensyarah dari Fakulti Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi telah mengadakan lawatan ke Bangunan LPPKN bagi mengikuti dengan lebih dekat perkhidmatan yang ditawarkan oleh LPPKN. Mereka telah dibawa melawat ke Unit Intervensi dan Sokongan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga oleh Pn. Sarada Devi (Pegawai Psikologi LPPKN) dan telah memberi penerangan berkaitan khidmat kaunseling keluarga yang dikendalikan oleh LPPKN. Sesunggunhya lawatan sebegini cukup bermanfaat dan memberi pendedahan kepada para pelajar khususnya berkaitan dengan program-program Pembangunan Keluarga di Malaysia. Terima kasih diucapkan kepada pihak UKM kerana sudi bertandang ke LPPKN.