Bahasa :
A- A A+
Saiz Font :


Majlis Pelancaran Program Kiss Goodbye to Breast Cancer (KGBC) 2015

ARAU, 4 Oktober: "Seramai 471 kes telah disahkan sebagai penghidap kanser payudara yang telah menjalani pembedahan dan rawatan di hospital dari tahun 2007 hingga September 2015," demikian kata-kata YB Puan Hajah Rela binti Ahmad, EXCO Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Perlis ketika merasmikan Majlis Pelancaran Program Kiss Goodbye to Breast Cancer (KGBC) 2015 di Perkarangan Pasaraya CMart, Kompleks Arau dengan kerjasama pihak AVON (M) Sdn. Bhd di sini hari ini. Seramai lima orang bekas pesakit kanser payudara telah terpilih dari Negeri Perlis sebagai penerima coli khas (Prosthesis) iaitu Puan Norizan Yahya, Puan Noor Aini Omar, Puan Nooraini Bisap Othman, Puan Marziah Mahmud dan Puan Normela Othman. 

Di akhir ucapan beliau menyeru agar lebih ramai wanita tampil bagi menjalani ujian Mamogram dan LPPKN sedia memberikan bantuan bagi meningkatkan lagi taraf kesihatan wanita di Negeri Perlis. Turut hadir ialah Selebriti AVON iaitu Cik Nur Fathia Latif.

12088469 890911800964529 4255329204408625451 n

12096082 1637350613204493 80673191930837413 n

12105870 1637350816537806 3180855512720902335 n