Bahasa :
A- A A+
Saiz Font :


Program Saya Sayang LPPKN

KUALA LUMPUR, 25 Ogos: "Demi menyemai semangat cintakan organisasi iaitu LPPKN maka penganjuran program sebegini akan menambahkan keseronakan bekerja dan sayangkan organisasi kita", demikian kata-kata Tuan Haji Nasaruddin Abdul Mutalib, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) LPPKN yang telah merasmikan program " Saya Sayang LPPKN" di Padang Futsal, UTC Pudu yang melibatkan hampir 45 orang pemain di sini hari ini. Sebanyak lapan pasukan telah mengambil bahagian iaitu Bahagian Khidmat Pengurusan dan Kewangan (KPK), Bahagian Pembangunan Keluarga (PK), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (PSM), Bahagian Teknologi maklumat (BTM), Bahagian Reproduksi Manusia (BRM), LPPKN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pejabat Ketua Pengarah dan Bahagian Perancangan Korporat (PIKOP). Pasukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah diumumkan sebagai juara kejohanan manakala Naib Johan dimenangi oleh PSM dan Tempat Ketiga dimenangi oleh Pejabat Ketua Pengarah. Syabas dan tahniah kepada semua!

050

055

101

061

133

140

004