Bahasa :
A- A A+
Saiz Font :


Majlis Perhimpunan Bulanan KPWKM Bil. 4/2015

PUTRAJAYA, 18 Ogos: "Kita Sehati @ Sejiwa dan bersamalah kita semarakkan dengan kibaran Jalur Gemilang Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan pada tahun ini", kata YB Dato' Sri Rohani Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Majlis Perhimpunan Bulanan KPWKM Bil. 4/2015 dan pra pelancaran Sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2015 di Dewan Nur, Presint 4, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) hari ini. Beliau juga telah menyampaikan Sijil Penghargaan dan Cenderahati kepada Pekerja Contoh Kementerian dan Agensi di bawah KPWKM. Dua orang penerima dari LPPKN ialah Encik Wan Hashim bin Wan Jaafar (Bahagian Kependudukan) dan Encik Mohd. Asri bin Samsudin (Unit Kewangan, Bahagian Khidmat Pengurusan dan Kewangan). Turut Hadir ialah Pengerusi LPPKN, Y.Bhg. Dato' Mariam Mas binti Yaacob, Ketua Setiausaha Kementerian (KSU) dan pegawai-pegawai kanan kementerian, jabatan dan agensi. Tahniah diucapkan dan semoga menjadi contoh terbaik kepada semua!

20287 1224507787574754 1776525181729380380 n

11896261 1224507744241425 2062282271482187747 n

11870735 1224507800908086 7066584057102544834 n