Bahasa :
A- A A+
Saiz Font :


Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2015

KUALA LUMPUR, 6 Ogos: Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat LPPKN telah diadakan di Dewan Besar, Tingkat 22, Bangunan LPPKN. Acara yang bermula sejak jam 11.30 pagi disambut cukup meriah kali ini dengan tema "Raya Dahulu Kala" menerima kehadiran para jemputan, kakitangan dan anak-anak Pusat Permata TIMANG yang lengkap berpakaian hari raya. Di samping menikmati jamuan yang menyelerakan, majlis kali ini juga turut dimeriahkan lagi dengan persembahan sketsa dan pertandingan gerai tercantik dari pelbagai Bahagian yang terdiri daripada Bahagian Pembangunan Keluarga (BPK), Bahagian Perancangan Korporat (BKPK), LPPKN Negeri Wilayah Persekutuan, Bahagian Reproduksi Manusia (BRM), Pejabat Ketua Pengarah, Bahagian Khidmat Pengurusan dan Kewangan (BKPK), Bahagian Kependudukan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia(BPSM) dan Bahagian Teknologi Maklumat (BTM).

Persembahan sketsa telah dimenangi oleh Bahagian Pembangunan Keluarga (BPK) dengan tajuk "Keluarga Kodak vs Keluarga Selfie", Tempat Kedua dimenangi oleh Pejabat Ketua Pengarah dengan tajuk "Raya Dahulu dengan Raya Sekarang" dan Tempat Ketiga telah dimenangi oleh Bahagian Reproduksi Manusia (BRM). Manakala pertandingan gerai tercantik telah dimenangi oleh LPPKN Negeri Wilayah Persekutuan, Tempat Kedua dimenangi oleh Bahagian Teknologi Maklumat (BTM) dan Tempat Ketiga dirangkul oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM). 

Majlis turut dihadiri oleh YBhg. Dato' Mariam Mas binti Yacob (Pengerusi LPPKN), YBhg. Dato' Dr Siti Norlasiah Ismail (Ketua Pengarah LPPKN), Ahli Lembaga Pengarah LPPKN dan Pengarah-Pengarah Negeri. Terima kasih diucapkan.

vDGTL5P9ERvRebgAi DRWSemq9YWjztaPy4i6N RrAOrpA9sviK65nD7NBLxVqe6X37KYY5QE80aR24w1332 h537

EuGdqOJaG9Fd3655eIRfs9cn4SwfEW07i UMiwqRz8MI6r4Fh JGNk7FbaVEU4CIXWLA 2FhqKofCQEw1332 h537

QY 7pIQIghZp3qN9 seeLpsiW56A0QZINbFCnoj1prnUi Y69d70XMHcofU7KtQz3y9y7BbAeHgQx Iw1332 h537

ss40hNgYzhq5rmWMBBOd0MYc UO gFgo9UcoV3tCUp J7xbwiDq4xXCKo MrMAwEGmNwgE iZ5t9PrEw1332 h537

SFNTZIB Cl1SbVrLRmML7X5orFDiX 6JHw6WHmRQGXVO1GHy iHZc88u4rQ79LeRY2tuAePzDovXmB4w1332 h537

7f autQWAg54LkYTfzecGlJzKwn6pzgoAIpn0nuWrPnNq2Lx0YFni7UwcOZXLOFVHervvRQv c0CmZYw1332 h537