Bahasa :
A- A A+
Saiz Font :


Lawatan Sambil Belajar ke MaGIC, Cyberjaya

CYBERJAYA, 5 Ogos: Satu sesi lawatan sambil belajar ke Malaysian Global Activity & Innovation (MaGIC), Cyberjaya telah diadakan hari ini. Lawatan kali ini memberikan fokus dan peluang berkongsi pengalaman dan idea daripada pihak MaGIC tentang khidmat yang ditawarkan yang boleh memberikan dimensi baru kepada LPPKN.

MaGIC Central menyediakan komunikasi secara fizikal dan maya serta interaksi di antara golongan usahawan dan agensi kerajaan untuk mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan bidang keusahawanan di Malaysia. Di samping itu MaGIC Sentral bertindak sebagai pemudahcara dalam pembangunan sidang video atau secara bersemuka melalui talian video dengan wakil-wakil agensi berkaitan yang berpengkalan di MaGIC.

Seramai hampir 40 orang peserta yang terdiri daripada Pengarah-pengarah Bahagian, pegawai dan kakitangan LPPKN telah mengikuti lawatan ini yang turut disertai oleh YBhg. Tuan Haji Nasaruddin Abdul Mutalib, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan). Taklimat telah disampaikan oleh Pengurus MaGIC Sentral, Encik Alif. Semoga siri lawatan ini akan memberi banyak manfaat kepada LPPKN.

11817229 865646583491051 1148208037872236744 n

 

11222347 865648703490839 8624436351336089546 n

11855662 865648666824176 1297449575498631839 n