Bahasa :
A- A A+
Saiz Font :
BULAN KELUARGA KEBANGSAAN 1 MALAYSIA


Majlis Penutup Minggu Keselamatan LPPKN 2015

KUALA LUMPUR, 31 Julai: "Keselamatan di semua peringkat adalah penting dan semua pihak termasuk pegawai dan kakitangan LPPKN perlu mengutamakan keselamatan samada dibahagian atau unit masing-masing". Ini telah dinyatakan oleh YBhg. Dato' Dr. Siti Norlasiah Ismail, Ketua Pengarah LPPKN di majlis penutup sempena Minggu Keselamatan LPPKN 2015 bertempat di Dewan Besar, Tingkat 22, Bangunan LPPKN di sini hari ini. Beliau juga telah sudi menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan kuiz dan tema keselamatan. Pemenang dan tema keselamatan yang telah terpilih telah dimenangi oleh Cik Julianna Hamid dari Pejabat Pengerusi LPPKN dengan tema "Amanah Diutamakan, Keselamatan Dipatuhi". Syabas kepada para pemenang!

selamat