Bahasa :
A- A A+
Saiz Font :


SAMBUTAN HARI BAPA SEMPENA JKB 2015

SG. PETANI, 14 JUN 2015 Kepelbagaian peranan telah menuntut golongan bapa untuk lebih proaktif dan kreatif dalam mencorakkan hala tuju keluarga masing-masing. Golongan bapa perlu bijak membahagikan masa untuk bersama keluarga dengan waktu dan komitmen di tempat kerja. Tugas dan peranan yang dipikul oleh bapa di tempat kerja seharusnya diseimbangkan dengan peranan yang perlu dimainkan oleh bapa bersama keluarga di rumah. Perkara ini dinyatakan oleh YAB Dato’ Seri Mukhriz bin Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah, ketika merasmikan Sambutan Hari Bapa Peringkat Kebangsaan sempena Jelajah Keluarga Bahagia (JKB) 2015 di Perkarangan Aman Jaya Mall dengan tema ‘Saya Sayang Bapa Saya’, di sini, hari ini. Pada majlis sama, tiga orang bapa  telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Khas Bapa Peringkat Negeri Kedah iaitu Konjoramah a/l Krishnan, Mohd Hussin Ooi bin Abdullah dan A Hamid bin Dahari. Ketiga-tiga dipilih berdasarkan kejayaan masing-masing dalam mendidik anak-anak berjaya dalam pelajaran dan kerjaya. 

hari bapa

hari bapa 2

hari bapa 4

hari bapa 5