Bahasa :
A- A A+
Saiz Font :


Teks Ucapan YB Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sempena JKB Peringkat Negeri Sabah

UCAPAN PERASMIAN

YB DATUK HAJAH AZIZAH binti DATUK SERI PANGLIMA MOHD DUN

TIMBALAN MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM JELAJAH KELUARGA BAHAGIA 2015 peringkat negeri sabah

PADANG PEKAN MENuMBOK, KUALA PENYU

18 APRIL 2015 (SABTU)

2.00 PETANG

BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM.

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH,

SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA.

TERIMA KASIH PENGERUSI MAJLIS,

 

1.            ALHAMDULILLAH, BERSYUKUR KE-HADRAT ALLAH S.W.T. KERANA DENGAN LIMPAH DAN BERKAT KURNIANYA DAPAT KITA BERSAMA-SAMA BERKUMPUL UNTUK MERAIKAN SATU ACARA YANG DI HARAP MEMBERI MAKNA BUAT SELURUH KELUARGA DI PEKAN MENUMBUK, KUALA PENYU KHUSUSNYA DAN DI NEGERI SABAH AMNYA IAITU PROGRAM JELAJAH KELUARGA BAHAGIA 2015 DENGAN TEMA “SAYA SAYANG KELUARGA SAYA”.

2.            KEBAHAGIAAN DALAM KELUARGA ITU SANGAT PENTING SEBAGAI SATU ASAS DALAM PEMBENTUKKAN SEBUAH MASYARAKAT. WALAU BAGAIMANAPUN, SEBAGAI MANUSIA BIASA ADAKALANYA KITA TERLEPAS PANDANG AKAN TANGGUNGJAWAB UNTUK MENJAGA DAN MENGEKALKAN KEBAHAGIAAN DALAM RUMAH KITA SENDIRI YANG SECARA LANGSUNG BOLEH MENYEBABKAN KEBAHAGIAAN KELUARGA SEMAKIN TERHAKIS.

3.            KITA KADANG-KADANG MENJADI MANUSIA PALING SIBUK DENGAN KEHENDAK KERJAYA SEHINGGA TIDAK SEDAR BETAPA CEPATNYA MASA BERLALU PERGI. NAMUN, SAYA PERCAYA SETIAP KELUARGA MEMPUNYAI RESIPI KEBAHAGIAAN YANG TERSENDIRI. SAYA JUGA PERCAYA BAHAWA MAKNA BAHAGIA ADALAH BERBEZA-BEZA BAGI SETIAP ORANG. DEMI MEMANTAPKAN LAGI KEBAHAGIAAN YANG KITA DAMBAKAN, KEMENTERIAN MELALUI LPPKN MENGGARISKAN BAHAWA KEBAHAGIAAN JUGA   BOLEH DITERAPKAN MELALUI KONSEP K.A.S.I.H IAITU K -KASIH SAYANG, A- AKHLAK, S- SIHAT DAN SELAMAT, I - ILMU DAN H- HARMONI. INI JUGA YANG CUBA KITA PERKENALKAN JELAJAH KELUARGA PADA HARI INI.

4.            JELAJAH KELUARGA BAHAGIA ADALAH USAHA BERTERUSAN KEMENTERIAN MELALUI LPPKN UNTUK MENINGKATKAN PENGLIBATAN MASYARAKAT DI SEMUA PERINGKAT SECARA MENYELURUH UNTUK MENGUTAMAKAN PERSPEKTIF KELUARGA DALAM APA JUGA TINDAKAN YANG DIAMBIL.  

5.            SEBAGAI MAKLUMAN, PEKAN MENUMBOK INI MERUPAKAN DESTINASI KEDUA SIRI JELAJAH KELUARGA BAHAGIA DAN YANG PERTAMA BAGI NEGERI SABAH. SELEPAS INI, IN SHAA ALLAH, KITA AKAN MENJELAJAH PULA DI SANDAKAN DAN SETERUSNYA DI 8 LOKASI SELURUH NEGARA.

TEMA JELAJAH KELUARGA BAHAGIA 2015 ”SAYA SAYANG KELUARGA SAYA”

6.            JELAJAH KELUARGA BAHAGIA MEMBAWA TEMA YANG MUDAH DAN SINONIM DENGAN FITRAH BERKELUARGA IAITU “SAYA SAYANG KELUARGA SAYA”. IA BERTUJUAN MENGAJAK SETIAP AHLI KELUARGA DAN MASYARAKAT SUPAYA KEMBALI MEMBERI KEUTAMAAN KEPADA KELUARGA (BACK TO BASICS) DALAM SETIAP PERANCANGAN DAN TINDAKAN KEHIDUPAN SEHARIAN.              

7.            SAYA INGIN BERTANYA ANDA SEMUA, ADAKAH MUDAH UNTUK KITA MENGUCAPKAN ‘SAYANG’ KEPADA ORANG YANG KITA SAYANG. MEMANG MUDAH BAGI MEREKA YANG MENGAMALKANNYA, TETAPI JANGAN TERKEJUT JIKA ADA YANG SUSAH UNTUK MENYEBUTNYA. SELAIN MALU, MUNGKIN JUGA TIDAK PERNAH MENJADIKAN UNGKAPAN SAYA SAYANG IBU, SAYA SAYANG AYAH, I LOVE MY MUM, I LOVE MY DAD, AKU SAYANG MAK DAN BAPAK, OUPUS OKU DIAH TAMA, OUPUS OKU DIAH TAPA, DAN AKO SAYANG INDO KU, AQ SAYANG DA YAMAKU (DALAM BAHASA-BAHASA TEMPATAN SABAH, KADAZAN, DUSUN, BAJAU, BRUNEI DAN BISAYA) SEBAGAI AMALAN HARIAN. BERKATA SAYANG ITU ADALAH SALAH SATU BAHASA CINTA UNTUK MENZAHIRKAN PERASAAN BAHAWA SESEORANG ITU AMAT PENTING DALAM KEHIDUPAN KITA.

8.            MENZAHIRKAN KASIH SAYANG KEPADA AHLI KELUARGA SEBENARNYA BOLEH MEMBERI IMPAK PSIKOLOGI DAN EMOSI UNTUK SESEORANG ITU TERUTAMA AHLI KELUARGA MERASA SELAMAT, TENTERAM, DIPUNYAI, DIPERLUKAN DAN DIHARGAI. PENZAHIRAN KASIH SAYANG MAMPU MELAHIRKAN INSAN BERKUALITI DAN BERPERIBADI MULIA YANG SETERUSNYA MENJADI PEMANGKIN KEPADA PROSES PERUBAHAN DAN PEMBANGUNAN KELUARGA BAHAGIA DAN NEGARA SEJAHTERA.

LIMA(5) TERAS KELUARGA BAHAGIA

9.            SETIAP INDIVIDU DAN MASYARAKAT MEMPUNYAI NILAI-NILAI SENDIRI UNTUK MENGGAMBARKAN KELUARGA BAHAGIA. KPWKM MELALUI LPPKN MELIHAT PENERAPAN DAN PENGHAYATAN NILAI-NILAI MURNI DALAM SETIAP INDIVIDU DI DALAM SESEBUAH KELUARGA ITU SEBAGAI GAMBARAN KELUARGA YANG BAHAGIA. LIMA (5) TERAS KELUARGA BAHAGIA YANG BERLANDASKAN KONSEP K.A.S.I.H BOLEH DIJADIKAN PANDUAN ASAS DALAM PEMBENTUKAN KELUARGA BAHAGIA. LIMA TERAS INI DAPAT KITA HAYATI HARI INI MELALUI PAMERAN INTERAKTIF YANG DIADAKAN DI BOOTH-BOOTH AGENSI-AGENSI TERMASUKLAH DARI SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (SKMM) DENGAN AKTIVITI KLIK DENGAN BIJAK, PDRM DARI SEGI KESELAMATAN KELUARGANYA, YADIM, PENGASIH DAN PENCERAMAH MOTIVASI HAJI HUSHIM SALLEH TIDAK TERKECUALI. BEGITU JUGA AGENSI-AGENSI DI BAWAH KEMENTERIAN SENDIRI. SAYA DIMAKLUMKAN BAHAWA SAMBUTAN BAGI ACARA MALAM TADI IAITU MALAM HIMPUNAN KASIH JUGA TIDAK KURANG HEBATNYA. BAGI MENDALAMI LAGI APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN KONSEP KASIH. KEMENTERIAN MELALUI LPPKN JUGA ADA MENGEDARKAN RISALAH BERKAITAN UNTUK SEMUA YANG HADIR HARI INI.

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHORMATI SEKALIAN.

CABARAN DAN ISU KELUARGA MASA KINI

10.          DALAM BEBERAPA DEKAD KEBELAKANGAN INI, MALAYSIA TELAH DAN SEDANG MENGALAMI PROSES PEMBANGUNAN SOSIAL DAN EKONOMI YANG PESAT. SEJAJAR DENGAN HASRAT KERAJAAN UNTUK MENJADIKAN MALAYSIA NEGARA MAJU DAN BERDAYA SAING MENJELANG 2020, DAN DALAM PROSES MENCAPAI STATUS NEGARA MAJU INI, SECARA TIDAK LANGSUNG TELAH MENAMBAHKAN TUNTUTAN KE ATAS INSTITUSI KELUARGA MELALUI PERANAN DAN CABARAN YANG DIHADAPI OLEH KELUARGA ITU SENDIRI.

HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN

KAJIAN PENDUDUK DAN KELUARGA MALAYSIA KELIMA (KPKM-5)

11.          HASIL PRA UJI BAGI KAJIAN PENDUDUK DAN KELUARGA MALAYSIA KELIMA (KPKM-5) YANG DIJALANKAN PADA TAHUN 2014 TELAH MENGENAL PASTI LIMA (5) NILAI UTAMA YANG DITERAPKAN OLEH IBU BAPA KEPADA ANAK-ANAK. SECARA KESELURUHANNYA, DIDAPATI HAMPIR ENAM PULUH PERATUS (60%) IBU BAPA DI NEGARA INI MENERAPKAN NILAI HORMAT-MENGHORMATI KEPADA ANAK-ANAK MEREKA. INI DIIKUTI OLEH NILAI TAAT KEPADA SURUHAN AGAMA, BERILMU, BERDISIPLIN DAN KASIH SAYANG

12.          MELALUI KPKM-5 JUGA, LPPKN TELAH MENGENAL PASTI KAEDAH KOMUNIKASI UTAMA YANG DIGUNAKAN OLEH REMAJA UNTUK BERHUBUNG DENGAN IBU BAPA ADALAH MELALUI PERBUALAN TELEFON IAITU HAMPIR TUJUH PULUH ENAM PERATUS (76%), DIIKUTI OLEH SISTEM PESANAN RINGKAS ATAU SMS DAN KOMUNIKASI MELALUI MEDIA SOSIAL SEPERTI FACEBOOK, TWITTER DAN INSTAGRAM.

13.          TEKNOLOGI TERKINI DALAM BIDANG KOMUNIKASI MAMPU MENJADI PENGHUBUNG SILATURAHIM KALANGAN KELUARGA. NAMUN JANGAN DISALAHGUNA UNTUK MENYEBAR PERKARA-PERKARA YANG TIDAK BERMORAL.

14.          OLEH DEMIKIAN, SAYA MENYARANKAN IBU BAPA UNTUK MENERAPKAN ETIKA DAN PERATURAN PENGGUNAAN GAJET TELEKOMUNIKASI BAGI MEDIA SOSIAL DI KALANGAN AHLI KELUARGA. CONTOHNYA, PENGGUNAAN MESTILAH TIDAK MELEBIHI 2 JAM TANPA HENTI DAN TIDAK SEMASA WAKTU KHAS BERSAMA KELUARGA. INI AKAN MEMBANTU MENGELAKKAN KETAGIHAN INTERNET DI KALANGAN AHLI KELUARGA DAN MENGERATKAN MASA BERKUALITI BERSAMA KELUARGA.

HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN

USAHA-USAHA KPWKM DAN LPPKN

15.          SAYA INGIN BERKONGSI DENGAN HADIRIN DAN HADIRAT, SATU CADANGAN HALATUJU STRATEGIK PEMBANGUNAN KELUARGA MALAYSIA TELAH DIBENTANGKAN PADA MESYUARAT MAJLIS SOSIAL NEGARA PADA 3 MAC YANG DIPENGERUSIKAN OLEH YANG AMAT BERHORMAT TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA TELAH MELULUSKAN SYOR BERIKUT:-

I.             MEWUJUDKAN TEMPAT RUJUKAN ATAU FOCAL POINT KESEJAHTERAAN KELUARGA DI SETIAP KEMENTERIAN DAN JABATAN DI PERINGKAT KERAJAAN PUSAT DAN NEGERI.

II.            DAN MEMPERKASA PERANAN LPPKN SEBAGAI FAMILY CENTRE OF EXCELLENCE (PUSAT KECEMERLANGAN KELUARGA)

FAMILY IMPACT ASSESSMENT (FIA)

16.          SUKA UNTUK SAYA MAKLUMKAN, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT BERCADANG UNTUK MELAKSANAKAN PENILAIAN IMPAK KELUARGA ATAU FAMILY IMPACT ASSESSMENT (FIA) DALAM POLISI DAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN NEGARA. INI PENTING DALAM MEMBENTUK ASAS PEMBANGUNAN NEGARA DAN INSTITUSI YANG AKAN MELAHIRKAN GENERASI MASA DEPAN NEGARA. PERLAKSANAAN FIA INI JUGA AKAN MENAIKKAN INDEKS KESEJAHTERAAN KELUARGA DARIPADA POINT 7.55 PADA TAHUN 2011 KEPADA POINT 8.00 MENJELANG TAHUN 2020.

PENUTUP

HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN

17.          MENERUSI PROGRAM INI, KERAJAAN BERHARAP AGAR MESEJ TIADA PENGABAIAN KALANGAN AHLI KELUARGA DAPAT DIHAYATI OLEH SEMUA LAPISAN MASYARAKAT. SETIAP AHLI KELUARGA LAYAK UNTUK MENDAPAT KASIH SAYANG TIDAK KIRALAH BAGAIMANA RUPA FIZIKAL MEREKA, BERAPA USIA MEREKA DAN TINGGI MANA TAHAP INTELEK MEREKA.

18.          MARILAH KITA SEMUA BERAZAM UNTUK BERKUMPUL BERSAMA AHLI KELUARGA TERCINTA DAN LUANGKAN MASA YANG BERKUALITI, TERAPKAN NILAI-NILAI MURNI, UNGKAPKAN KATA SAYA SAYANG KELUARGA SAYA KERANA KATA-KATA INI ADALAH MUKJIZAT YANG MENGANDUNGI HIKMAH DALAM PEMBENTUKAN KELUARGA BAHAGIA.

19.          DENGAN LAFAZ BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM, SAYA DENGAN INI MERASMIKAN PROGRAM JELAJAH KELUARGA BAHAGIA 2015 PERINGKAT NEGERI SABAH DENGAN PESANAN “SAYA SAYANG KELUARGA SAYA” “I LOVE MY FAMILY” “SAYA SAYANG ANDA SEMUA”

SAYA SUDAHI UCAPAN SAYA DENGAN SERANGKAP PANTUN

DARI BUGIS KE API-API,

SINGGAH SEBENTAR KE PEKAN NENASI,

HIDUP BERKELUARGA KASIH SEJATI,

KASIH TIDAK BOLEH DITUKAR GANTI.

SEKIAN. WABILLAHI TAUFIQ WALHIDAYAH WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.