Bahasa :
A- A A+
Saiz Font :


LPPKN Melaka Johan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) KPWKM Tahun 2015

PUTRAJAYA, 19 Mac 2015: Kumpulan "Kesidang" LPPKN Melaka telah dipilih sebagai Johan Pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dengan tajuk "Kesukaran Mengambil Sampel Paps Smear bagi Wanita Bersaiz Besar". Hadiah kemenangan sebanyak RM2,500 telah disampaikan sendiri oleh YB Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dimajlis bersempena Perhimpunan Bulanan di Dewan Nur KPWKM. Tahniah diucapkan kepada LPPKN Negeri melaka di atas kejayaan yang membanggakan ini!

  11073978 1557870527819169 4836557334044050494 n