Bahasa :
A- A A+
Saiz Font :


Ucapan YB Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Sempena Pelancaran Jelajah Keluarga Bahagia (JKB) 2015 di Pusa, Sarawak

 

 

UCAPAN PERASMIAN

Y.B DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT

MAJLIS PELANCARAN JELAJAH KELUARGA BAHAGIA 2015

TERMINAL BAS PUSA, SARAWAK

15 MAC 2015 (AHAD)

11.00 PAGI

SA

 

BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM. ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA.

 

TERIMA KASIH PENGERUSI MAJLIS,

1)         YANG BERHORMAT ENCIK RAZALI HAJI GAPOR

            AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (N 24) BETING MARO

2)         Y.BHG Dato' Norsham Rahin

            Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi

3)         YBHG. DATO’ HAJAH MARIAM MAS BT YACOB

PENGERUSI

LEMBAGA PENDUDUK DAN PEMBANGUNAN KELUARGA NEGARA (LPPKN)

4.         Y.BHG DATO’ SITI NORLASIAH ISMAIL

            KETUA PENGARAH LPPKN

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHORMATI SEKALIAN.

  1. Alhamdulillah, bersyukur saya ke-hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah dan berkat kurniaNya dapat kita bersama-sama berkumpul UNTUK meraikan satu acara yang amat bermakna buat seluruh keluarga di Malaysia iaitu Pelancaran JELAJAH KELUARGA BAHAGIA 2015 dengan Tema “Saya Sayang Keluarga Saya”.
  1. kebahagiaan DALAM keluarga itu SANGAT penting KERANA DEMIKIANLAH tujuan kita membina institusi keluarga, kita berkahwin, mempunyai anak dan MENJAGA silaturrahim dENGAN ahli keluarga DAN masyarakat. WALAUBAGAIMANAPUN, SEBAGAI MANUSIA BIASA DALAM kesibukan kita terlepas pandang AKAN TANGGUNGJAWAB UNTUK MENJAGA DAN MENGEKALKAN KEBAHAGIAAN DALAM RUMAH KITA SENDIRI YANG SECARA LANGSUNG BOLEH MENYEBABKAN KEBAHAGIAAN KELUARGA SEMAKIN TERHAKIS. Resipi kebahagiAan perlu DIADUN SENDIRI DAN SAYA PERCAYA SETIAP KELUARGA MEMPUNYAI RESIPI KEBAHAGIAAN YANG TERSENDIRI. UNTUK TUJUAN ITU KEMENTERIAN MELALUI LPPKN TELAH membangunkan modul Keluarga Bahagia Dengan Konsultansi PAKAR PEMBANGUNAN KELUARGA SEBAGAI RUJUKAN PIHAK KETIGA. KEMENTERIAN PERCAYA BAHAWA kebahagiaan KELUARGA boleh dicapai dENGAN MENGAMALKAN konsep K.A.S.I.H iaitu kasih sayang, akhlak, sihat dan selamat, ilmu dan harmoni. susulan dari itu TERHASILAH PROGRAM KITA PADA HARI INI.
  1. jelajah keluarga bahagia adalah Usaha berterusan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui agensi di bawahnya iaitu Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara atau LPPKN untuk meningkatkan penglibatan semua peringkat masyarakat secara menyeluruh iaitu dengan mengutamakan perspektif keluarga bersama kerajaan di peringkat masing-masing tidak kira pihak swasta, ngo, komuniti masyarakat dan ibu bapa sebagai pemimpin keluarga.
  1. siri jelajah keluarga bahagia ini akan diadakan di 10 lokasi yang berbeza bermula di pusa, sarawak kemudian kita akan ke sabah serta negeri-negeri lain mengikut zon di semenanjung malaysia. kita akan kembali semula insya allah di kuching sarawak sebagai penutup siri jelajah ini pada 1 november. sekali gus meraikan bulan november sebagai bulan keluarga kebangsaan 1malaysia.

TEMA JELAJAH KELUARGA BAHAGIA 2015 ”SAYA SAYANG KELUARGA SAYA”

  1. jelajah keluarga bahagia membawa mesej tema yang mudah dan sinonim dengan fitrah berkeluarga iaitu “Saya Sayang Keluarga Saya”. ianya bertujuan untuk mengajak setiap ahli keluarga dan masyarakat supaya kembali memberi keutamaan kepada keluarga (Back TO BASICs) dalam setiap perancangan dan tindakan kehidupan kita seharian. erti kata lain, apabila kita sayang akan keluarga kita, sudah pasti kita inginkan yang terbaik untuk mereka dan diri kita.

 

  1. firman allah s.w.t. dalam surah tur ayat 21, bermaksud, DAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN YANG DITURUT OLEH ZURIAT KETURUNANNYA DENGAN KEADAAN BERIMAN, KAMI HUBUNGKAN (HIMPUNKAN) ZURIAT KETURUNANNYA ITU DENGAN MEREKA (DI DALAM SYURGA); DAN KAMI (DENGAN ITU) TIDAK MENGURANGI SEDIKITPUN DARI PAHALA AMAL-AMAL MEREKA; TIAP-TIAP SEORANG MANUSIA TERIKAT DENGAN AMAL YANG DIKERJAKANNYA”. INILAH BAHAGIA YANG ABADI APABILA KITA DIJAMIN AKAN DAPAT BERSAMA-SAMA DENGAN AHLI KELUARGA DAN KETURUNAN DI TEMPAT YANG SEMUA ORANG INGINKAN SELEPAS MATI DAN DI HARI KEBANGKITAN NANTI. BAHAGIA YANG ABADI INI SUDAH TENTU PERLU DIUSAHAKAN DENGAN AMAL KEBAIKAN YANG KITA KERJAKAN PADA MASA INI BERSAMA KELUARGA KITA.
  1. Perkataan ”Sayang” selalu diungkapkan seperti Saya Sayang Ibu, SAYA Sayang Ayah, I Love My Mum, I Love My Dad, Kamek Sayang Indai, Kamek Sayang Apai adalah salah satu bahasa cinta yang diluahkan untuk menzahirkan perasaan bahawa seseorang itu amat penting dalam kehidupan kita. MENZAHIRKAN KASIH SAYANG KEPADA AHLI KELUARGA ADALAH SATU TINDAKAN YANG AMAT PENTING KERANA AHLI KELUARGA MEMERLUKAN KASIH SAYANG UNTUK MERASA SELAMAT, TENTERAM, DIPUNYAI, DIPERLUKAN DAN DIHARGAI. RASA SAYANG JUGA LAHIR DARI RASA TANGGUNGJAWAB, RASA KOMITED KITA PADA KELUARGA, RASA Kasih sayang PADA INSTITUSI KELUARGA AKAN MAMPU melahirkan INSAN yang berkualiti dan berKEperibadiAN mulia yang seterusnya menjadi pemangkin kepada proses perubahan dan pembangunan KELUARGA BAHAGIA DAN negara YANG SEJAHTERA.

LIMA(5) TERAS KELUARGA BAHAGIA

  1. setiap individu DAN MASYARAKAT mempunyai nilai-nilai sendiri untuk menggambarkan KELUARGA bahagia.KPWKM MELALUI LPPKN MELIHAT PENERAPAN DAN PENGHAYATAN NILAI-NILAI MURNI DALAM SETIAP INDIVIDU. DI DALAM SESEBUAH KELUARGA ITU SEBAGAI GAMBARAN KELUARGA YANG BAHAGIA. SEPERTI MANA YANG TELAH SAYA UMUMKAN PADA SAMBUTAN BULAN KELUARGA KEBANGSAAN 1MALAYSIA NOVEMBER YANG LEPAS. lima (5) teras keluarga bahagia YANG berlandaskan konsep K.A.S.I.H dijadikan panduan ASAS DALAM PEMBENTUKAN KELUARGA BAHAGIA. LIMA TERAS KELUARGA BAHAGIA TERSEBUT DAPAT KITA HAYATI PADA HARI INI MELALUI PAMERAN INTERAKTIF YANG DIADAKAN KHAS DI BOOTH PAMERAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT DAN RISALAH KASIH YANG DIEDARKAN PADA SEMUA PENGUJUNG HARI INI.
  • K - KASIH SAYANG

PERTAMA, Teras Kasih Sayang. Teras kasih sayang. dapat diterjemahkan melalui tindakan seperti menerima anak seadanya, tidak membezakan kasih sayang antara anak-anak dan sentiasa mengambil berat dan peka dengan perubahan anak-anak.

  • A – AKHLAK

KEDUA, Akhlak. merujuk kepada sahsiah keluarga berpandukan kepada nilai agama, integriti dan disiplin keluarga. Contoh pengamalannya adalah seperti berbuat baik sesama manusia, menghormati ibu bapa dan rajin beribadah dan menjalankan suruhan agama.

  • S – SIHAT DAN SELAMAT

KETIGA, Sihat dan Selamat. merujuk kepada amalan gaya hidup sihat serta peka kepada keselamatan keluarga dan persekitarannya. ContohNYA tidak mengambil bahan-bahan yang boleh merosakkan diri SEPERTI dadah dan arak.

  • I – ILMU

KEEMPAT, Ilmu. MERUJUK KEPADA TUNTUTAN KE ATAS SETIAP ibubapa SUPAYA menerapkan budaya ilmu dan sentiasa meningkatkan kemahiran keibubapaan dan ilmu kesejahteraan hidup sepanjang masa. antara contoh amalan TERSEBUT ialah memperuntukkan masa untuk membaca, menghadiri majlis-majlis ilmu serta mengamalkan budaya membaca dalam keluarga

  • H – HARMONI

DAN, Harmoni SEBAGAI TERAS YANG KELIMA, merujuk kepada hubungan keluarga asas dan keluarga luas yang harmoni dengan interaksi yang sihat antara generasi dan komuniti masyarakat. antara amalan-amalan yang menggambarkan budaya harmoni termasuklah menjaga hati kedua ibu bapa dan datuk nenek serta sentiasa menghormati sesama jiran.

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHORMATI SEKALIAN.

cabaran dan isu keluarga masa kini

  1. Dalam beberapa dekad kebelakangan ini, malaysia telah dan sedang mengalami proses pembangunan sosial dan ekonomi yang pesat. sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan malaysia negara maju dan berdaya saing menjelang 2020, dan dalam proses mencapai status negara maju ini, secara tidak langsung telah menambahkan tuntutan ke atas institusi keluarga melalui peranan dan cabaran yang dihadapi oleh keluarga itu sendiri.

hadirin yang dihormati sekalian

kajian PENDUDUK DAN KELUARGA MALAYSIA KELIMA (KPKM-5)

  1. Hasil pra uji bagi Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia kelima (KPKM-5) yang dijalankan pada tahun 2014 TELAH MENGENAL PASTI LIMA (5) NILAI UTAMA YANG DITERAPKAN OLEH IBU BAPA KEPADA ANAK-ANAK. SECARA KESELURUHANNYA, DIDAPATI HAMPIR ENAM PULUH PERATUS IBU BAPA DI NEGARA INI MENERAPKAN NILAI HORMAT-MENGHORMATI KEPADA ANAK-ANAK MEREKA. INI DIIKUTI OLEH NILAI TAAT KEPADA SURUHAN AGAMA, BERILMU, BERDISIPLIN DAN KASIH SAYANG
  1. MELALUI KPKM-5 JUGA, LPPKN TELAH MENGENAL PASTI BEBERAPA KAEDAH KOMUNIKASI UTAMA YANG DIGUNAKAN OLEH REMAJA UNTUK BERHUBUNG DENGAN IBU BAPA MEREKA. DIDAPATI MAJORITI REMAJA BERHUBUNG DENGAN IBU BAPA MEREKA MELALUI PERBUALAN TELEFON IAITU HAMPIR TUJUH PULUH ENAM PERATUS. INI DIIKUTI OLEH MEREKA YANG MENGGUNAKAN SISTEM PESANAN RINGKAS ATAU SMS, KOMUNIKASI MELALUI MEDIA SOSIAL SEPERTI FACEBOOK, TWITTER DAN INSTAGRAM, SIDANG VIDEO SEPERTI SKYPE DAN YAHOO MESSENGER, DAN JUGA EMEL.

hadirin yang dihormati sekalian

usaha-USAHA kPWKM dan lppkn

DASAR KELUARGA NEGARA (DKN)

  1. LPPKN di bawah KPWKM telah merangka Dasar Keluarga Negara (dkn) yang diluluskan Kabinet Malaysia pada Disember 2010 dan SETERUSNYA dilancarkan pada Mac 2011. Dasar ini memberi penekanan ke atas kepentingan DALAM mengutamakan kesejahteraan keluarga dari pelbagai aspek, khususnya dari segi bio fizikal, ekonomi, sosio-psikologikal, kerohanian dan persekitaran yang sihat dan selamat.
  1. MANAKALA Pelan Tindakan Dasar Keluarga Negara (PTDKN) memperincikan tindakan yang perlu diambil oleh kementerian, jabatan dan agensi kerajaan, NGO, sektor swasta dan anggota masyarakat
  1. BAGI MENERUSKAN USAHA KPWKM UNTUK MEMERTABATKAN INSTITUSI KELUARGA, SATU CADANGAN HALATUJU STRATEGIK PEMBANGUNAN KELUARGA Malaysia TELAH DIBENTANGKAN PADA MESYUARAT MAJLIS SOSIAL NEGARA PADA 3 MAC YANG DIPENGERUSIKAN OLEH YANG AMAT BERHORMAT TIMBALAN PERDANA MENTERI Malaysia Telah meluluskan syor BERIKUT:-
  1. I.Mewujudkan tempat rujukan ATAU Focal Point kesejahteraan keluarga di setiap Kementerian dan Jabatan di peringkat Kerajaan Pusat dan Negeri.
  1. II.DAN Memperkasa peranan LPPKN sebagai Family Centre of Excellence(Pusat kecemerlangan keluarga)

FAMILY IMPACT ASSESSMENT (fia)

  1. KEMENTERIAN JUGA AKAN BERCADANG UNTUK MELAKSANAKAN PENILAIAN IMPAK KELUARGA ATAU FAMILY IMPACT ASSESSMENT (fia) DALAM POLISI DAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN NEGARA. FIA INI PENTING KERANA INSTITUSI KELUARGA ADALAH UNIT ASAS PEMBANGUNAN NEGARA DAN INSTITUSI YANG AKAN MELAHIRKAN GENERASI MASA DEPAN NEGARA. Keluarga terlibat dan SECARA langsung AKAN MERASAI KESAN DARI polisi dan pembangunan yang dilaksanakan dalam negara.
  1. dengan mandat yang diberikan kepada lppkn untuk bertindak sebagai “family centre of excellence” bagi menyelaras agenda kesejahteraan keluarga, saya berharap Indeks Kesejahteraan Keluarga akan meningkat dari 7.55 PADA TAHUN 2011 kepada 8.0 menjelang tahun 2020.

PENUTUP

HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN

  1. PADA HARI INI, SAYA DIFAHAMKAN LEBIH DARIPADA 20 AGENSI TERLIBAT DALAM MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN INTERAKTIF. DIJANGKAKAN LEBIH DARIPADA 50 RAKAN STRATEGIK YANG TERDIRI DARIPADA AGENSI KERAJAAN, SWASTA, NGO SERTA SYARIKAT KORPORAT TERLIBAT DALAM 10 LOKASI SIRI JELAJAH KELUARGA BAHAGIA 2015. SIRI JELAJAH INI AKAN BERMULA DI PUSA SETERUSNYA Sibu, Miri dan di Kuching. Bagi di Sabah PULA SIRI JELAJAH AKAN DITERUSKAN DI Beaufort dan sandakan. MANAKALA DI Semenanjung, SIRI JELAJAH NI AKAN DIADAKAN DI Zon Tengah di Perak, Zon Selatan di Melaka, Zon Pantai Timur di Terengganu dan Zon Utara di Kedah.
  1. Karnival Keluarga Bahagia yang akan diadakan selama 1 hari INI memberi pengisian aktiviti-aktiviti santai dan ilmiah. Karnival ini bertujuan UNTUK memberi perkhidmatan kekeluargaan kepada ORANG RAMAI. Pelbagai aktiviti-aktiviti menarik yang DIsediakan khas untuk keluarga di Pusa. AKTIVITI-AKTIVITI TELAH BERMULA SEAWAL MALAM SEMALAM DENGAN PROGRAM BAKAT KELUARGA MELALUI PERTANDINGAN KARAOKE KELUARGA, pameran interaktif, jualan keluarga, PERSEMBAHAN ARTIS TEMPATAN, kelab pemotoran dan hobi keluarga, dan yang paling menarik sesi perkongsian bersama pakar Keluarga Dato’ Dr Mat Saat Baki untuk sesi interaktif yang saya DIMAKLUMKAN telah diadakan pada pagi tadi.

HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN

  1. menerusi jelajah keluarga bahagia ini, kerajaan BERHARAP AGAR MESEJ KEPADA setiap ahli keluarga SUPAYA tidak mengabaikan keluarga AKAN dapat dihayati oleh SEMUA LAPISAN masyarakat. setiap ahli keluarga LAYAK UNTUK mendapat kasih sayang yang.
  1. marilah kita semua berazam untuk BERKUMPUL BERSAMA AHLI KELUARGA TERCINTA DAN LUANGKAN MASA YANG BERKUALITI, TERAPKAN NILAI-NILAI MURNI, UNGKAPKAN KATA SAYA SAYANG KELUARGA SAYA KERANA SESUNGGUHNYA KATA-KATA INI ADALAH MUKJIZAT YANG MENGANDUNGI HIKMAH DALAM PEMBENTUKAN KELUARGA BAHAGIA. Marilah sama-sama kita mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan kepada ahli keluarga kita dengan ucapan “Saya Sayang Keluarga Saya”.
  1. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan ini merasmikan Pelancaran Jelajah Keluarga Bahagia 2015 “SAYA SAYANG KELUARGA SAYA” “I LOVE MY FAMILY

Sekian. Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.