Bahasa :
A- A A+
Saiz Font :


Majlis Pelancaran Jelajah Keluarga Bahagia di Terminal Bas Pusa, Sarawak

jkb pusaBETONG, 15 Mac 2015:"Pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bersama-sama agensinya iaitu LPPKN akan menyasarkan Indeks Kesejahteraan Keluarga (IKK) meningkat dari 7.55 ke 8.0 menjelang tahun 2020", kata YB Dato' Sri Rohani Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat selepas merasmikan Majlis Pelancaran Jelajah Keluarga Bahagia (JKB) 2015 bertempat di perkarangan Terminal Bas Pusa di sini hari ini. Menurutnya, penilaian impak kekeluargaan tersebut sangat penting untuk menilai kesan pelaksanaan polisi dan impak ke atas institusi keluarga. seramai 5,000 orang telah membanjiri tapak program sejak dari jam 7.00 pagi lagi dengan persembahan daripada selebriti tanah air, Forum Pengasih Bersama Radhi OAG, program Klik Dengan Bijak oleh Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi (SKMM) pelbagai aktiviti interaktif dan pameran ditawarkan kepada para pengunjung. Terima kasih kepada orang Pusa dan destinasi seterusnya ialah di Tanjung Malim, Perak. Temui kami nanti di sana!