Bahasa :
A- A A+
Saiz Font :


MAJLIS PERHIMPUNAN KHAS LPPKN BERSAMA TAN SRI DATO’ NAPSIAH OMAR.

Dewan Besar LPPKN, 3 Mac 2015. Satu majlis khas sempena mengenang jasa Tan Sri Dato’ Napsiah Omar yang berkhidmat selama empat (4) tahun sebagai Pengerusi LPPKN, telah diadakan hari ini. Dilatari tema biru, seluruh warga kerja LPPKN peringkat Ibu Pejabat, LPPKN WPKL dan LPPKN Selangor turut sama-sama meraikan majlis ini. Selain penyampaian cenderahati dari setiap Bahagian, satu persembahan khas dari seluruh Pengurusan Tertinggi LPPKN turut diadakan. Mereka berjaya mendendangkan lagu “Apo Nak Dikato” dari kumpulan Blues Gang.

Kami, seluruh warga kerja LPPKN ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tan Sri atas segala jasa yang telah dicurahkan selama ini. “Makan nasi lomak waktu pagi, ado maso kito jumpo lagi.” Terima kasih Tan Sri.

 

Majlis Perpisahan Pengerusi 1

 

 

Majlis Perpisahan Pengerusi 2