Bahasa :
A- A A+
Saiz Font :


Kempen "Save Your Dara" oleh Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam

SHAH ALAM, 31 JANUARI 2015: "Jagalah kesucian diri anda sebelum berkahwin", kata Dato' Dr Siti Norlasiah Ismail, Ketua Pengarah LPPKN selaku wakil kepada YB Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam ucapan perasmian sempena Karnival Karangkraf kali-7 seterusnya melancarkan kempen "Save Your Dara" anjuran Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd. Antara objektif utama kempen ini diadakan ialah untuk memberi kesedaran tentang kepentingan menjaga kesucian diri dan menjauhi perlakuan yang tidak bermoral. Turut diperjelaskan ialah LPPKN telah mula memperkenalkan program Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEKERTI) sejak 2010 lagi iaitu untuk memberi kemahiran bagi menghindari tingkahlaku seksual yang berisiko yang boleh mengakibatkan kehamilan yang tidak dirancang, penyakit jangkitan seksual dan HIV. 

PhotoGrid 1423023943688

PhotoGrid 1422670714316