Bahasa :
A- A A+
Saiz Font :


KENYATAAN MEDIA YB Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (Baru)

KENYATAAN MEDIA

YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM
MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT

“Kanak-Kanak 5 tahun maut tergelincir tingkat enam”

Saya ingin melahirkan rasa sedih dan simpati terhadap kejadian yang menimpa kanak-kanak berusia 5 tahun yang dipercayai maut akibat terjatuh dari rumah pangsa tingkat enam di Kota Damansara, Petaling Jaya semalam dan kes sedang berada dalam siasatan polis.

Keprihatinan dan sikap lebih berwaspada oleh ibu bapa dan keluarga haruslah dititik beratkan dalam menangani hal seperti ini. Saya menyarankan agar ibu bapa, penjaga dan masyarakat supaya lebih memberi keutamaan kepada penjagaan kanak-kanak agar perkara yang tidak diingini dapat dielakkan.

JKM akan terus membantu keluarga mangsa kerana ibu kandung mangsa adalah penerima Bantuan Kanak-Kanak sebanyak RM400 sebulan sejak tahun 2013 hingga kini. JKM juga turut menyediakan perkhidmatan sokongan kepada ahli keluarga yang lain seperti perkhidmatan kaunseling untuk mengatasi trauma akibat daripada kejadian yang menimpa dan lain-lain perkhidmatan sekiranya bersesuaian.

YB DATO' SRI ROHANI ABDUL KARIM

41375713946 295x200