Bahasa :
A- A A+
Saiz Font :


Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat LPPKN 1436H

KUALA LUMPUR, 28 Januari 2015: Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat LPPKN bertema "Perpaduan Nadi Transformasi Negara" telah diadakan di Dewan Besar Tingkat 22 LPPKN. Seramai hampir 200 orang pegawai dan anggota LPPKN menghadiri majlis ini yang turut disertai oleh YBhg. Dato' Dr Siti Norlasiah Ismail, Ketua Pengarah LPPKN dan YBhg. Tuan Haji Nasaruddin Abdul Muttalib, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) LPPKN.

B8ZxaulCUAAzPwA
Di antara pengisian majlis kali ini ialah bernasyid, berselawat ke atas Nabi Muhammad, majlis bertahnik anak-anak anggota LPPKN dan diserikan dengan Ceramah Jemputan bertajuk Keagungan Peribadi Rasulullah oleh YBhg. Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim dari UniKL. Majlis ini telah dikelolakan oleh Biro Agama Kelab Kakitangan LPPKN. Syabas diucapkan!