Bahasa :
A- A A+
Saiz Font :


Penyerahan Bantuan Banjir kepada Warga Kerja LPPKN Pahang

TEMERLOH, 26 Januari 2015: Kesinambungan slogan "Kita sekeluarga" oleh YBhg. Dato' Dr Siti Norlasiah Ismail diteruskan lagi bersama-sama ahli Jawatankuasa Pengurusan LPPKN ke negeri Pahang Darul Makmur dalam siri penyerahan bantuan keperluan asas kepada warga kerja LPPKN Pahang yang terlibat dengan musibah banjir baru-baru ini. Majlis ini telah diadakan di Klinik Nur Sejahtera Temerloh. Semoga bantuan yang dihulur dapat meringankan beban mangsa.