Bahasa :
A- A A+
Saiz Font :


Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan (BKK) 2018

 

WhatsApp Image 2018 10 23 at 12.35.34 PM

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) akan mengadakan Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan (BKK) 2018 yang dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang bertemakan "Keluargaku Sayang". 

Sambutan akan diadakan pada 3 November 2018 (Sabtu) bertempat di Pusat Keluarga LPPKN Seremban 2. Pelbagai pengisian dan aktiviti interaktif akan diadakan sepanjang sambutan  tersebut seperti Family Fit Zumba Seramai, Family Race: Cyber CSI, Sukan Keluarga, Pameran, Forum kekeluargaan, Bicara Santai, Hari Terbuka Pusat Keluarga LPPKN Seremban 2, jualan produk tempatan, food truck dan lain - lain aktiviti yang menarik 

IMG 20181102 WA0073

IMG 20181103 WA0024

Majlis Penutup Kempen “Pink Light Project” yang disempurnakan oleh YBhg.Dato’ Mariam Mas Yacob,Pengerusi LPPKN

Majlis Penutup Kempen “Pink Light Project” yang disempurnakan oleh YBhg.Dato’ Mariam Mas Yacob,Pengerusi LPPKN,dan Penyerahan sumbangan oleh Encik Onur Erdinc, Pengurus Besar Avon Cosmetic Sdn Bhd, bernilai RM25,000 kepada Puan Habiba Abdul Rahman, Presiden Kumpulan Sokongan MAKNA melalui kempen bergerak diseluruh negara untuk memberikan pemeriksaan mamogram percuma selepas bulan Oktober ini. Penyerahan sumbangan ini turut disaksikan oleh YBhg Dato Pengerusi LPPKN di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

Avon pengerusi

LPPKN Perak@PINK LIGHT PROJECT BREAST CANCER AWARENESS'

IPOH, 21 Oktober-  LPPKN Perak dengan kerjasama Avon telah menjayakan Program 'PINK LIGHT PROJECT BREAST CANCER AWARENESS' sempena bulan kesedaran kanser payudara 2018. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat terutamanya para wanita  tentang kanser payudara dan pengesanan awal kanser. Pelbagai program telah diadakan antaranya ceramah kesihatan,pendaftaran subsidi mamogram, jualan amal oleh Avon dan ujian stress.

  

 

 

 

Lebih banyak artikel..