Bahasa :
A- A A+
Saiz Font :


PELANCARAN PROGRAM PEMERKASAAN KELUARGA DAN KOMUNITI (FACE) SEMPENA SAMBUTAN BULAN KELUARGA KEBANGSAAN 1MALAYSIA (BKK1M) 2016

johari 1

Ampang. Kuala Lumpur, 27 November. – Program PemerkasaanKeluarga dan Komuniti (FACE) bersempena November  sebagai Bulan Keluarga Kebangsaan 1Malaysia (BKK1M) 2016 peringkat Negeri Kuala Lumpur yang bertemakan “Saya Sayang Keluarga Saya” dilancarkan oleh Menteri Kewangan Ke-2 , YB Datuk Johari Abdul Ghani

Pelancarannya diadakan di PPR Hiliran Ampang kerana ia adalah salah sebuah dan 14 Komuniti FACE yang dipilih dari seluruh negara pada tahun ini.

Menurut Johari, Program ini diadakan bertujuan untuk memberi fokus terhadap usaha untuk meningkatkan kesejahteraan keluarga menerusi projek pembangunan model pengukuhan keluarga dan komuniti dan keluarga FACE (Family And Community Empowerment). Pelaksanaan program ini juga adalah susulan daripada keputusan Majlis Sosial Negara pada 3 Mac 2015 mengenai hala tuju bagi program pembangunan Keluarga di Malaysia mengenai usaha untuk melaksanakan projek rintis bagi mengupayakan komuniti dalam mengukuhkan institusi keluarga di Malaysia. 

 

johari 2